22 October 2010

maka begitulah hidup..

bismillah..
aku percaya dalam dunia ni..tiada siapa mahu disakiti..dihina..dikeji dan macam2 lagi.
frankly speaking..aku orang yang kuat menangis..hati aku sangat fragile..sepanjang aku hidup..aku menghadapi terlalu banyak kesusahan, kegagalan..kata2 hinaan ..baik aku..dan keluarga.namun aku cuba untuk tabah...tapi siapalah aku untuk melawan takdir bukan?

seandainya segala dugaan itu hanya boleh dihadapi semudahnya..sekiranya setiap cacian itu hanya boleh diubati dengan membiarkan saja..aku dah lama buat..tp untuk sekali ..2kali..3 kali.malah berkali2..siapalah aku untuk bersabar...kesabaran aku ada batas nya jugak.

namun percayalah aku..di alam realiti..aku hanya mengambil sikap berdiam diri..cuba untuk tabah seorang diri..dilahirkan dalam keluarga yang susah..dilahirkan didalam keluarga yang perkahwinan tidak direstui..dilahirkan didalam masyarakat yang suka mencaci dan menfitnah..demi tuhan mengajar aku banyak erti hidup..namun itulah..dugaan itu menjadikan aku manusia.

aku pernah mengalami kegagalan..kesusahan..dimana seperti aku jatuh..ditimpa tangga..ditimpa bangunan pula..begitu jugak dengan keluarga..pernah merasa senang dan pernah merasa kemuncak kesusahan..namun aku percaya..itulah kehidupan..

betapa..setiap pagi aku bangun aku mengharapkan mendapat hari yang ceria..betapa aku mengharapkan emak, ayah atau adik2 tidak mengkhabarkan berita yang boleh membuat aku sedih..betapa setipkali aku berdoa..jika ada yang membenci..jangan lah mengajak orang lain untuk membenci aku..betapa aku berharap..setiapkali aku buka fb..aku tidak mendapat msg yang membuat aku terluka..jugak betapa setiapkali aku menulis entry..aku tidak menerima komen dari anon yang boleh membuat hati aku bagai di siat2.kalaulah semudah itu harapan aku..bahagianya hidupku..namun kesakitan itulah mengajar aku untuk menghargai hidup ini..

namun..jauh disudut hati..aku bersyukur kerana Allah masih merahmati hidupku..memberi aku peluang untuk merasa bahagia..

walau dicaci..dihina..dimaki..namun aku bersyukur..

aku ada emak dan ayah yang amat menyayangiku..mengasihaniku, menjaga makan minum pakaiku..dan mendidikku..

aku ada adik2 yang sentiasa menghormati aku sebagai kakak..mendengar nasihatku dan pandanganku..

aku ada DIA yang amat menyayangi dan mencintai aku..mengambil berat dan mengasihani aku seikhlasnya..

aku ada rakan baik yang ada ketika aku susah..menangis dan ketawa bersamaku..

aku ada kawan2 yang sentiasa memberi peransang dan kata2 semangat kepadaku..

aku ada kawan2 blogger yang sentiasa memberi aku ruang untuk meluahkan pendapat..mendengar isi hatiku..dan sentiasa mengambil berat tentangku walaupon kadang2..aku terlepas pandang untuk menegur dan mengucapkan terima kasih..namun itulah..aku bersyukur dan demi Tuhan aku amat menyayangi mereka..siapapon anda..anda berada dalam doa saya:)

aku bersyukur ALL AH memberikan aku anugerah yang tidak ternilai oleh wang ringgit dan apa jua..

aku bersyukur dikurniakan dikurniakan akal fikiran yang tidak gila, ising, tiga suku atau sewel..


sekurang2 nya aku boleh berfikir, belajar, jawab exam dan dapat masuk universiti..

aku bersyukur dikurniakan rupa paras yang cukup lengkap, tidak cacat, buta, senget atau berlubang2..

sekurang2 nya orang masih dapat membezakan itu muka doreamon..dan itu muka aku..

nah..sesungguhnya semua itu mengajar untuk aku bersyukur..kalau aku tidak reti lg nk bersyukur..bermakna aku dah tak betul atau gila, dan korang jangan teragak agak nak hantar aku kat hospital Bahagia ye..:D

p/s: aku tidak mahu diminati, dipuji, digilai atau dipuja bagai..aku hanya mahu DIHARGAI..

p/s/s: sahabat ini buat aku menangis terharu.padahal hanya kenal dialam maya, padahal hanya bertegur sekadar sekilas di alam maya..tapi aku amat menyayangi MY BEAUTIFUL DR.ALEXA.Thanks for the entry syg..

47 comments:

alexayussida said...

macam tuh la sayang...positive selalu oke:D

hidup mesti ceria...biakan si 'luncai' aka anon itu terjun ngan labu2nye..heee:D heart!

Unknown said...

kita dihargai dengan cara mereka sendiri. ehh laaa tu yang lubang hidung berlubang tu.. kan berlubang.. :). Doraemon takde blog.. ko ade blog.. mmg ko dihargai..
Kuman "website kawaiiiii" Entry

tubelawak said...

saya hargai anda :) hehehe

Amri Abd Rani said...

Pernah gagal jugak...
dalam exam..dlm hidup..
sgt minat dgn lagu Anugerah Dari Kegagalan - Dato' Shake..

alexayussida said...

nurul..i made special entry for u..title 'siapa kamu'

nite dear..kuatkan hati dan perasaan:)mmuuahh

Roxy zai said...

hye gojes..wah..sapa yg tak hargai kamu tu? humph~..yg x haragai kamu tu laa yg patot d ntar ke hosp bahagia yaaa=p

Cik Puan Syeeda said...

Bila kamu sedih, sentiasa ingat pada-Nya krn ada byk lg org yg kurang bernasib baik seperti kamu.sekurang-kurangnya, kamu sgt cantik ohh.. smile k :D

cikyin said...

salam badiah :)
jangan sedih2x ya! biarkan anon n mereka-mereka yg mulut n tangan x reti duduk diam n gunakan pemberian Allah dengan buat kerja yg sakitkan hati orang.Allah maha adil. We'll get what we give.Same goes to them. Smile girl :)

ed shahir said...

alahai. rasa sedih bila baca entry nie. diiringi pulak dengan music iringan tu. hmm.. sangat2 menghayati. :(

*anyway, sabar ye nurul. kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.chill

~ As ~ said...

ade ke banding ngan doraemon, ahahaha, org sabah ckp : terketawa aku sekejap.

bella dela rosa said...

sedih.:'(

Anonymous said...

biase la tu! mane ade orang x jelez dalam hidup kite :D sumua org jelez!sy pun jelez dengan awak sbb awk dah nak habis blajar :'(

p/s: sy pun slalu fail!tp mak saya selalu ckp kalau x gagal macam mane nak bejaya :D

Razif Radzi said...

Sob sob sob.. terharu.. tapi doremon mmg comey mcm awak.. sob sob sob.. tp sy suka spongebob squarepant..awak..jd la spongebob... huahuahua... larikkk.....

Naz Al Yahya said...

naz bangga, coz nurul dh think +ve.
camtula baru okey. kita diberi ujian dan dugaan dari Allah SWT, bukan untuk membuat kita lemah, tapi buat kita makin kuat dlm menjalani hdup.

dugaan dan cabaran tu la yg buat kita smakin matured dan tabah, ready for any consequences(hoh! tak tau eja.asal de bunyi jd arr~)

naz tau, nurul seorg yg tabah..kuat. naz tau, kdg2..rasa cam xde life yg smooth jer kan? hari2, msti ader jer prob. but bersyukur okey, kita rasa kita dah terima dugaan yg maha agong plg berat...tp owez remember, ada org lain yg lbh menderita dari kita.

btw, we all support u ok.take care sis.

p.s : just be the way you are okey dear. cyg u byk2.

Hani Zain said...

be strong kak nurul :)

Allah bg kita dugaan sbb Allah sygkan kita ^^
hani doakan spya akk trus kuat mnghadapi hari hari yg mendatang. :)

Unknown said...

ramai org sayang kamu :)

bergembira la dgn org hargai kamu~

My MiRa said...

allah menguji kita dengan pelvagai ujian sebelum berikan kita kebahagiaan yang berganda.ALLAH HANYA MENGUJI BERAT PADA MEREKA YANG MAMPU.YAKINlah bahawa kamu mampu sebab tu kamu dipilih untuk hadapi ujian ni..manusia yang hanya suka menghina org lain hidupnya takkan tenang sayang..percayalah

Ibu Ilyanie(s) said...

sangat lah betul apa yg rakan maya nurul tu ckp.. buang masa dan tenaga sendiri jek melayan karenah org2 itu... melayan mereka sama ertinya kita kalah... sbb banyak berbicara nih kdg kala banyak mendatangkan keburukan...

cEro said...

kegagalan mematangkan...
percayalah...

alexayussida said...

saya happy bila kamu happy..im crying too when i read ur comment...terima kasih syg for being my fren:)

eZmALiZa said...

bersabar la cik nurul...ALLAH sentiasa mendengar doa hambaNYA..insyaALLAH...

btw, i always appreciate u since u do the same thing! :)

dyah16 ! said...

tenang ok.
fikir yg positif aje. biarlah apa orang cakap.

ZACK ENTRY said...

jangan hendak diri kita saja mahu dihargai..sama-sama kita hargai antara satu sama lain..=)

cik mas said...

alhamdulillah...kamu sentiasa di iringi sahabat2 yg sentiasa menyayangi kamu nurul...jgn hirau kan kebencian manusia seorg itu..biarkan dia dengan dosa2 nya menghina kamu...dekat kan diri pd ALlah...bykkan bacaan yassin syg..kuatkan smgt..jaga diri..jaga kesihatan kamu..insyaAllah..Allah sentiasa melindungi kamu....biar kita hina di dunia..kelak di akhirat & d sisi Allah serta malaikat..kamu yg tertinggi nurul...teruskan hidup dengan senyuman.......semoga kamu bahagia......aminnn.....

Anonymous said...

urul saya hanya silent reader anda..

nurul..demi tuhan..kalau saya ada anak..saya mahu anak seperti nurul..
kalau saya ada isteri..saya mahu ia seperti nurul..
saya dah cukup matang utk menilai seseorang wanita.. pada nilaian saya..anda wanita yang sgt baik dan ikhlas..muka anda berseri seri2..tanda hati anda mulia..
ada org yang cantik..tapi mukanye keruh..ade org yang xcantik..tp mukanya berseri2..
begitulah sy menilai..

saya nampak anda seorang yang lembut tapi tegas..anda juga saya percaya amat manja..dari raut wajah dan tutur kata anda..saya tahu anda memendam rasa yang amat pedih kat dalam..

nurul..kekaguman saya pada anda sgt tinggi..
dilahirkan sebgai anak muallaf dimana AYAH berbangsa cina..mmg agak sukar untuk mendapat didikan agama yang sempurna dari ayah..sbb itu sy faham..sekiranya ada sesuatu yang tidak sempurna kamu lakukan..saya mengerti akan kepayahan kamu..

saya lelaki yang dididik dengan agama yang cukup pon tidak dapat jdi setabah anda..saya bangga..

kamu juga dikurniakan akal yang bijak..kamu dikurniakan rupa paras yang amat cantk hinggakan saya melihat kamu..xputus2 sy menyebut masya ALLAH..SUBHANALLAH..

ternyata sebagai perempuan..kamu tidak terlepas dari membuat silap namun syukur..kamu diantara orang2 yang sedar akan kesilapan dan kelemahan kamu.itulah sebenarnya yang menjadikan kamu manusia..

saya amat mencintai akan perangai kamu..akan pendirian dan ketabahan kamu..saya mencintai kecantikan dan kepintaran kamu..saya mencintai semua yang ada pada kamu..:)

btw..English anda bagus sebenarnya.dari ayat anda,,saya tahu anda thu berbahasa enggeris dan ayat2 anda sangat cool..sekiranya ada silap eja, grammar semua..itu perkara normal, even mat salleh pon kadang2 fail BI..jgn malu sebabb english anda not that bad actually..orang yang kata begitu pada anda sebenarnya dia tidak tahu apa lagi yang hendak dikutuk pada diri anda..sebab itu dia cuba jugak untuk mencari kelemahan anda..

Nik said...

moga kamu sentiasa tabah :)

Unknown said...

doremon? huhu..sama kat mana tu?

ENCIK TIKUS said...

like this entry, hati kasar gua tersentuh

Anonymous said...

salam nurul..ayna pernah lalui seperti apa yg nurul katakan di dalam entry ni. ayna anggap benda ni semua sbg cabaran.betul..kadang2 ayna pun penat berhadapan dgn semua itu. skrg apa yg penting kita yg menentukan hala tuju hidup kita. ayna percaya apa yg mereka lakukan terhadap kita yg x bersalah..akan jd balik pd diorang.mungkin mereka sememangnya kaya dgn harta..tp bukan budi bahasa. biarlah kita berdarah campuran sekalipun..tp darah melayu itu yg mengalir dalam diri kita. mereka yg dengki..sememangnya xkn puas hati dgn apa yg kita kecapi pd hari ini. mereka x mcm kita.lalui hidup dgn susah.kita berusaha utk tahap sekarang.kita belajar utk mensyukuri apa yg kita dapat. hidup nurul lebih kurang sama dgn hidup ayna.tp kita xkn boleh mengalah dgn org yg suka menjatuhkan kita.okey..kuatkan semangat.ayna yakin nurul mampu menghadapi dugaan ini. disebalik semua ini mesti ada hikmahnya.selamat mlm nurul..

ikhlas: ayna tan.

izzah said...

ni semua dugaan hidup..org yg buat kita pasti akn dpt balasan klu x kt dunia kt akhirat nanti.so kuatkan smangat,jgn putus asa:-)

zacky786 said...

tabah kn hati mu..~
Whatever it takes, life mush go on
gurl ..

hope ..

"ALL is weLL"

sab said...

lambat bagi respon pada my sis ni :)

dnt wry be happy. pape pun. kak nurul still ade adik yg comel ni ok? hehe.

love u so much sis! :)

i ade akak..tpi..akak i jauh sgt perbezaan umur. i tak berapa rapat dgn die. so,hopefully kak nurul tak kisah if i salu pgil kak nurul as my sis.even di alam maya ni sahaja! :)

Hakim Az said...

Bersyukur dengan apa yang ada. itulah yang paling penting :)

Aida Azryn said...

susah nak puaskan ati orang kan?hmm

sang pencinta said...

awk comel kiut miut sume..sekali tgok dah jatuh cinta..jatuh cinte n jatuh cinte lagi...
awk tabah ye..awk kn budak comel..jap lagi nk jdi lawyer..awk jgn sedih2..

awk perasan x..sekali tgok muke awk mcm heliza pon ade..pastu mcm pelakon kristine hermosa pon ade..hehehehe.

Masyaallah..awk memang cantik..
aduff cair tgok..xleh lama2 kat sini..nanti xdapat nak tdo..hehehe

angel said...

ini manusia ke bidadari?

cik bahulu oren said...

nurul dear..i slalu bca entry u tp jarang tggl komen..i bngga dgn u sbb u kuat hadapi dugaan idop..biar apa pun sumpah seranah,caci maki yg org lemparkan utk u,u kena kuat hadapi semua tu...jgn sesekali u jatuh ngn mengalah kerana itu mmg tujuan org yg menghina u...diorng mmg nk tngok kejatuhan u..kesakitan dan kesedihan org lain itu kegembiraan utk mereka..percayalah nurul,Allah sentiasa dgn org yg teraniaya..anggap je semua yg berlaku ni ujian Allah utk Nurul..Allah ni adil sayang,dia hanya menguji hambaNya setakat mana hambaNya mampu hadapi je...dugaan tu akn mendewasakan kta,mematangkan kita dan yg pling pnting dugaan itu jgk yg akan buat kita tidak lupa akan Dia..smoga nurul sentiasa tabah dan x cpt melatah..sorang yg benci u,ramai lg yg menyayangi u..;)

THE GREEN said...

salam nurul...

biasanya, bila org lalui cabaran hidup yg getir n very tough; slalunya org2 dr golongan ni la yg blh survive in the future. xkisah la mcmana cabarannya lps2 tu..

saya stuju dgn some comments yg komen di post ni..ya, kegagalan mematangkan seseorg tu. bila kita bersabar kerana kerap diuji dgn kegagalan, at the end nnt Allah akan hadiahkan kejayaan yg besar..xesemestinya dgn duit, barangkali dgn nilai hidup yg xboleh dibeli dgn duit..apa saja!

saya sndri pun laluinya dr dulu lg hingga la skrg, dik... skrg ni pun sama-ujian susah dpt kerja..huhu...tp saya percaya Allah s.w.t ada perancangannya dan sbb knapa Dia buat gitu..

so truskan hidup, bersabar, usaha dan tawakkal ye..insyaAllah akan ada la balasannya nnt :-)

sekadar berkongsi di blog saya Sakit Hati Tak??

Mata Pena Fadz said...

salam perkenalan.......nurul badiah...sejak awal lgi sy da tertarik membaca blog kamu...coz ape yg kite lalui hampir same....
kite mmg x bley wat ape2...selain diam.....sape la kite nk melawan org2 sebegitu dlm hidup....
tp satu jew hrpn....tekad kn hati...InsyAllah..satu hari pasti ade sinar bahagia...saye juga berkali2 di sakiti......sy tetap sbr.....sy juga punye org spt anon tu,...tp sy tetap sbr n berthn lgi...sbb yakin smpai bile die akn ggu kte....mesti fedup punye.....org busuk hati...kita biar jew la...kite x pnh buat org...biar la org nk wtpe..nti psti ade blsn...1 hari...jgn berhenti panjatkn doa....kepadaNya...yg maha mengethui segalenye,....sya selalu berada di pihak kmu juga....

cik ciput said...

dear nurul, people talks. they do, and they will always talk. ignore whatever they said, because you are you. nurulbadiah lai will always be nurulbadiah lai. think +ve and you will be just fine. =)

Rara Farah said...

hehe...ade org jatuh chenta pd sis tu...well..sprti sab yg bg komen kt atas...rara pon ade sis..tp ta rpt...thts why sape2 yg lbh mtg dr rara,i will call her sis...hope u don't my...

sis,tamao sedih2..appreciate ur life...kdg2 kita menangis utk mrk yg tiada rasa utk menghargai airmata seorang shbt...cannot blame them..kite sama namun ada bezanya..hehe..ta reti la nk bermadah...tgu mood jiwang meresap dulu...

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

sis :) im happy to read this entri . positive selalu. hidup mmg ade mcm2 yg kite kene lalui.

zama pun mcm others , like the way u talk , ur idea , ur style. alah, x kesah about what they think about u. nk jd model ke, pose bagai nk gila ke, pun best. hehe

bcus i used to be like u before. and ape yg sis bole buat kn, just keep silence bcus its a gud one. zama pnah keep silence ms membe2 byk yg ckp bkn2 about me. but one day , they come back to me ask for my forgiveness. waktu tu tuhan je tahu , betape indahnye perasaan tu sis . sbb tuhan tahu kite dh byk besabar selama ni. maafkn la diorg yg ade buat slh. sbb sbnrnye diorg xpnah sedar bahawa tuhan memerhati hati dan perasaan diorg. :)

i love u kakak ! :)

Fatima said...

thank you dear for you're comment!! that's very sweet of you!

xx

HaN WarreN said...

hidup kena ade cabaran..kena ade dugaan..baru hidup ni ade warna warni...moga kita semua tabah menghadapinya.. :)

THE GREEN said...

Salam..

kali ni just blogwalking...penat jap menulis ni..mata pun dah berpinau2... :-D

to all commentators, do visit my blog for latest post..u all are free to leave a comments selagi yg baik2..like to hear from everybody..

sape2 nak follow pun xkisah...tiada paksaan..tq..

regards,
BLADE EDGE

budakbaek said...

sabar sayang...

paradokshati said...

khas untuk nurul:
pertamanya thanks utk komen di blog sy :)
nurul,saya pun pernah alami pekara yang paling susah dalam hidup saya;
waktu saya nak bangun balik, saya selalu tanam perkataan BUKAN BERMAKNA dalam hidup saya;
sebab itu kenapa saya boleh bertahan sampai sekarang;
buat nurul, sabar untuk segala apa yang terjadi sebab semua yang terjadi ada hikmahnya antara cepat atau lambat je :);
apa-apa pun yang jadi kita sentiasa ada DIA;
take care dear :)