alhamdulilah..:))
so sebagai penghargaan kepada penganjur..aku buat entry ni khas tu ucap thanks kat dia dan tahniah kat diri aku:
ni la gambar yang dikatakan sopan itu..
coretan ini untuk nenek aku..nenek aku sudah tiada dialam fana ini..namun..dia sentiasa hidup dalam kenanganku…berbicara tentang nenek..banyak perkara yang aku sesali yang xmampu aku lakukan semasa nenek masih ada.
nenek bagaikan ibu kedua ku.sejak kecil hinggalah dia tiada..nenek adalah pendampingku selepas emak.nenek walaupun tidak melahirkan aku..tp dia yang menjaga dan mengasihani ku tiada tolakbandingya..
terkenang nenek yang susah..buat airmataku mengalir.terkenang saat nenek membawaku ke bendang, dari kejauhan aku duduk dibangsal memerhatikan nenek yang tua bersawah..betapa aku ingat saat aku menyumpah2 kerana lintah mengigit kakiku..neneklah yang memujukku..
terkenang saat aku dimarahi emak hingga aku menangis..neneklah yang beria-ria membelaku lalu memarahi emak..sampai emak pon menangis.nenek akhirnya berkata..aku dan emak adalah sama..
terkenang saat aku tidak memahami tulisan jawi dan aku bertanya nenek..nenek cakap nenek xboleh membaca.aku mengatakan betapa nenek rugi tidak bersekolah..nenek kecik hati tapi akhirnya aku sedar.nenek orang susah, nenek tidak mengenal huruf tapi nenek sangat budiman.
terkenang saat aku tidak mahu kesekolah tadika..neneklah yang mendukungku sejauh 1km semata mata nenek tidak mahu aku ketinggalan.nenek bersawah kerana menurut nenek..mahu memberikan ku kesenangan kerana nenek faham..emak, ayah, punya anak yang perlu ditanggung, kerana nenek tahu, ayahku baru saja memeluk islam dan tidak mewarisi sesen pon harta keluarganya.kerana nenek tahu..betapa aku menggemari susu dan tidak minum minuman lain. walau dilarang emak, ayah, nenek tetap bersawah sampailah kudratnya telah tiada.
terkenang suatu hari ketika aku kecik, nenek deman apabila pulang bersawah dan aku berjanji pada nenek, bila aku besar, aku akan beli kereta untuk nenek,aku akan letak aircond dirumah nenek, aku akan beli pakaian cantik2 untuk nenek.tapi satupun tidak sempat aku tunaikan
terkenang juga saat nenek memandikan aku ditelaga, dimana aku bermain2 dengan air sedangkan neneklah yang bersusah mencedok air..betapa teringat aku mempersoalkan kenapa nenek miskin hanya kerana aku cemburu melihat kawanku mendapat anak patung yang besar dihari jadinya, tetapi nenek memberiku hanya sebatang ice-cream.
bila nenek sudah tua, betapa aku teringat aku memarahi nenek kerana kencing merata,betapa aku memarahi nenek kerana tidak mahu mandi, betapa aku memarahi nenek kerana enggan makan makanan yang aku sediakan..padahal dulu..nenek tidak pernah memarahiku walaupun aku kencing diatas kain nenek, nenek bersabar memandikan aku yang berbagai ragam..nenek bersabar memasak berbagai jenis makanan untuk aku walaupun aku tidak menjamah..nenek tidak pernah memarahiku..
bila aku balik dari university, aku melihat betapa nenek kecik hati kerana aku tidak membelikan kain batik untuk nenek tetapi hanya membeli untuk emak.betapa nenek berkias mengatakan ianya cantik dan aku berjanji akan membelinya untuk nenek..betapa aku menyesal aku terlupa..
teringat hari2 terakhir nenek..betapa kata emak setiap hari nenek menyebut namaku..tapi disebabkan tugasan dikampus yang banyak.membuatku tidak sempat untuk menjenguk nenek.betapa emak merayu supaya pulang segara dan aku mengatakan aku sibuk dengan kuliahku yang penting padahal aku terlupa..nenek sentiasa mementingkan aku dulu..
betapa hari itu..masih aku teringat aku mahu pulang menjenguk nenek..tiket bas pukul 8pm..tidak sabar2 utk aku pulang mencium nenek..betapa aku ingat aku meraung seperti orang gila apabila pada petang sebelum aku pulang..aku dikhabarkan nenek sudah meninggal dan urusan jenazah harus diselasaikan segera.betapa aku meraung apabila aku sampai dirumah nenek sekitar 5pagi keesokannya..nenek sudah selesai dikuburkan..betapa aku meraung..aku tidak dapat melihat nenek buat kali terakhir..betapa mayatnya pon aku tidak sempat menatap.
buat nenek.aku merinduinya dan aku menyesal kerana tidak dapat berbuat kebaikan kepadanya semasa dia hidup..sesungguhnya ketauhilah..sangat pedih apabila orang yang disayangi pergi tanpa sempat kita menghargainya..
nenek walaupun bukan yang melahirkan aku..tapi dia menyayangiku melebihi siapapon didunia ini..
just to share..i really love sawah..Sampai sekarang..bila balik kampung..aku pasti akan berjalan-jalan disawah..membayangkan waktu kecilku mengikut nenek ke bendang..setiapkali aku melalui kawasan sawah padi..neneklah yang berada dalam fikiranku..
p/s: thanks to muizzudin coz shoot me here..i really love the pictures.

