05 October 2011

Bilang padaku..apa bezanya kau dan aku?


IMG_3878
aku hanyalah seorang hamba Allah dan setiap hari darjatku hanyalah sebagai seorang hamba yang hina dan lemah..:)

Bismillah..

Hanya kerana aku kasar..aku sinis dan aku straight to the point..kau mengatakan aku tiada adat..tidak lembut dan tidak berhemah..kau membandingkan aku dengan kau yang baik..berbudi bahasa..tidak gedik dan tidak perasan bagus seperti aku..

dalam kasar aku yang kau benci..aku tidak pernah bercakap tentangmu dibelakangmu..
dalam lembut kau yang kau banggakan..kau sentiasa bercakap tentang aku dibelakangmu..
jadi apa bezanya kau dan aku?

demi untuk menyakitkan hati aku..kau kata depan aku..buat apa muke je lawa tapi perangai harem..baik muke hodoh tapi perangai cantik..aku tertanya-tanya,,tujuan apakah perkataan itu..aku tidak pernah merasakan diri terlalu cantik atau merasakn diri terlalu hodoh..cukup bersyukur dengan apa yang ada..

sekiranya aku ini bagi kau cantik..tidak pernah aku menghina orang yang hodoh..
sekiranya aku ini baagimu hodoh..aku juga tidak akan membenci org yang cantik..
aku hanya mahu hidup seadanya..
seteruk teruk aku pada pandangan kau..aku tidak pernah mengeluarkan perkataan sedemikian rupa didepan engkau kerna takut akan melukakan hati kau..
sebaik baik kau pada pandangan aku..kau memperkatakan perkataan perkataan yang kau sudah pasti akan melukakan hati aku,,
jadi apa bezanya kau dan aku?

dan kau lelaki..Kau sentiasa menyatakan aku tidak alim..perempuan seperti aku tidak pantas untuk kau..kau mengejek pakaianku malah membandingkan ku dengan perempuan yang lebih alim bagimu hingga kau buat aku rasa rendah diri..

namun..sealim alim kau..kau memandang tidak berkedip kedip jugak pada perempuan2 yang kau ejak..jadi apa beza kau dan aku?

kau berpuas hati dengan hartamu..kau memandang aku sebagai seorang yang loser..kesian dan lemah..
bile aku lapar aku makan..
bila kau lapar...kau makan.
jadi apa beza kau dan aku?

kau membenci peribadiku..kau sentiasa membuat contoh bahawa peribadimu harus aku contohi..
silap kau aku tak pernah hitung walau peribadi aku tidak sehebat peribadimu..
tapi sehebat hebat peribadi kau..kau tidak lepas dari menghitung, mengira dan mencari silapku..
jadi apa beza kau dan aku?

sampai suatu saat..aku akan mati..jasadku dimamah bumi..sampai suatu ketika..kau akan mati jua..jasadmu dimamah bumi jua..jadi apa beza kau dan aku??

jadi sebenarnye kau sentiasa mengatakan ..jauh bezanya aku dan kau..maksudnya apa?

kau terlupa..bahawa aku dan engkau sesama manusia..sepertimana kau benci orang menghakimi engkau..begitu jualah aku benci org menghakimi aku..

kau bukan tuhan..kau tak layak menghukum dan menghakimi org lain kerana kau sendiri tiada bezanya dengan orang lain..
aku manusia..kau manusia..sampai masa..yang akan menghukum aku dan kau hanyaLAH ALLAH..DONT FORGET.

nota kaki: just my random thought..
this is what i learned from my bad experienced..

penulisan tidak seberapa..maaf..

Thanks for reading this

58 comments:

nur amalina athman said...

jujur best sgt entry ni..maksud mendalam..thanks post entry ni..best..

sumaiyah mokhtar said...

Allah disisi orng yg benar.

Hishyamuddin said...

kesimpulannya..kita semua sama je..jangan nak tengok salah dan kelemahan je..tapi kita kena jugak tengok kelebihan org lain utk kita terus maju.. :-)

RiHiKi said...

nurul cantik + humble..suke penulisan nurul..keep it up~ :)

delarocha said...

luahan perasaan ni.

Sufinah Yussof (SY) said...

nice~

Akulah Pak Lan said...

talking bad will not make people become good.

biarkan saja dekat dia

PinKy MoMMa said...

kita semua sama sayang..cuma amalan yang membezakan kita..jgn terlalu awal menilai org :)

mana ada manusia yang sempurna..

faiez said...

LETIH berhadapan dgn manusia SAKIT begini....kan

EyqaLuvender said...

be patient sis...
it's hard to please evrybody in this world...
juz be urself...^^

Ujang9897 said...

istifar byk2..=)

IEQAH said...

salam sis..muaahhh cikit..hehe..
awat ayat mcm touching je ni..
beza sis dgn ieqah,sis ieqah ni sgtla chomel n pndai posing.. sis sy lak pndai..da nk jd lawyer..hoho

Eyka said...

nice :)

Syairani Tarmizi said...

Takde manusia yang sempurna.. Semua orang ada kekurangan masing-masing.. Bersyukur je dgn apa yg kita ada kan kan kan kan..

We can't please everyone.. :D

nisa said...

penulisan dari seorang hamba Allah yang sangat merendah diri..alhamdulillah..

Anisa Hang Tuah said...

bersabarlah nurul

:)

farah adila said...

artikel terbaek. =)

IEQAH said...

dahlaa sis..pedulikn org yg suka membezakn..pyhlaa tak cermin diri before ckp kn..yg pntg kita jadi diri kita sudah..

O'gosh said...

lantak la orang nak cakap apa...sebenarnya orang yang dengki tu adalah orang yang x berpuas hati dengan diri sendiri..

sevendayz [fikir.risau] said...

Dari Abdullah ibn Qurtd r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Perkara pertama yang akan dihisab bagi seorang hamba pada hari Kiamat ialah solat. Sekiranya solatnya baik, maka amalan-amalan yang lain akan diterima dan jika solatnya rosak, maka semua amalan-amalan yang lain akan rosak. (HR Tabrani, Targhib)

lynn said...

CIK NURUL.. NAK COPY PASTE BOLEH TAK ? BOLEH TAK ? ^^

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

suka baca blog nurul.. nurul muda lagi jangan dikesah apa yg org cakap..moved foword k..

sevendayz [fikir.risau] said...

..semua tu pun ujian, siapakah di antara kita yang lebih baik amalannye disisi Allah SWT kan.(surah Al-Mulk). Sejuk itu ujian. Panas pun ujian. Sedap tu ujian, Bingit pun ujian. Lembut itu ujian, Kasar pun ujian. kan.

Sabar tu kan syurga, sebokkanlah diri tu untuk kejar syurga Allah SWT, sebokkanlah diri dalam agama. Insya Allah, sikit demi sikit iman yakin pada kekuasaan, kehebatan, kudhrat Allah SWT akan masuk dalam hati.

Segala kehendak, keinginan, keghairahan kesemuanye seharusnya tertumpu hanya kepada satu matlamat iaitu untuk menyukakan Allah SWT, dan bila Allah SWT suka, pasti dan pasti Allah SWT akan selesaikan masalah kita dunia dan akhirat.

Yakinlah.

Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga keinginan hawa nafsu kamu tidak mengikuti agama yang aku bawa. (HR Al-Baghawi)

Tasha said...

manusia kdg2 berkata utk mengingatkan, tp caranya kdg2 tak btl.

@dD@ said...

dear, dah baca entry ni .. sbr eh .. org yg sellu mengata org nii biasa nya akan dapat hukuman nya nanty ,,, Allah yg menentukan segalanya .. bukan dia :)

nuruashia ♥ said...

xde beza semuanye sys bile dah bergelar hambaNya kan =)

LynN LoLa~~ said...

that is soo true kak nurul!

B33HA S4Nd4R4 said...

haish..pendek la badiah..nak lagi...Tulis lagi pleaseeeeee...

Cik Suheela said...

kita semua serupa kan :) lelaki yg bajet alim tp tak brapa bek,kk boleh tgok contoh dlm crita tahajjud cinta..kif3..

sYiRa LoKMaN said...

post akak best!.. feel je baca ^_^
yg ikhlas dari hati boleh buat orang lain rasa :)

isma said...

bersabar adalah jalan terbaik kak nurul.. pape pon.. kak nurul memang cantik..:)

HOuse Of Love said...

love u writing ,,,,,,,ape beza kau dan aku,,,sangat besttt

soffea said...

entry yg superb :)

buat kita berfikir dan bermuhasabah diri. thanks for this, dear :)

sab said...

best entri ni! manusia sume sama..cume beza..siapa kite di sisi Allah.. sama ada hina atau suci.. :')

Gieyana said...

sbb itu org selalu ckp..senjata bahaya pd manusia ialaha "Lidah" kan..huuhu..

Pendekar Berkuda said...

kau menyedarkan aku...terima kasih wahai gadis...

Mata Pena Fadz said...

yeah...fad igt lgi psl anonymOus yg suke kcau tuh kn..
jdikan tu kekuatan tuk truskan hari muka depan... :)

Chegu said...

Huish... Marah bebenor ni, hehe, senyum2

mimie1678 said...

assalam dik....
am touched by this entry...
sbb saya mmg tgh melalui saat2 mcm nie skrg...
dipulaukan di office... dikutuk.. dikata... oleh mereka2 yg pernah dipanggil kawan baik!
bersabar ajerla... ada hikmahnya utk kita kay...

Diyana said...

kita manusia semua sama je .

perangai je berbeza

Tcca Anuar said...

coool, love it so much kak nurul..
sedap di bacaa.. rasa mcm dlm kayangan.. seriess ;)

Fad said...

manusia memang camtu nurull...xkan puas mengata orang...bai atau jahat msti akan dikata-kata jugak...dalm hidup ni kita kena sentiasa tenang dan cuba relax dengan cakap2 orang ni....selagi boleh, bersabarlah...biarka..lama2 dia akan bosan mengata..

✿....rossa alina....✿ said...

maybe orang yang berkata2 tu spesis xpandai jaga perasaan org kot..hmmm..

FieDaus said...

penulisan ok.. jnji org paham.. bkn cekgu bahasa pun kan :)

izzmee amir said...

like this entry actualy . very much . i got that experience too . .

myra abdullah said...

betul! we're all same,ciptaan yang esa.^-^

Liquid said...

"kau bukan tuhan..kau tak layak menghukum dan menghakimi org lain kerana kau sendiri tiada bezanya dengan orang lain.."

incek liquid suke statement ni =)

El-Janna said...

sungguh dalam maknanye^^

Anonymous said...

what a lovely entry

Zahra said...

bersabar k nurul..
i know you are strong enough..

always support u

Anonymous said...

cayunk...gila bangat saye suka kamu budak comel..
nurul, trust me, u can go through all this hard time even without somebody u really love before, bezanya kau dan aku...u masih single but m maried and now left behind 2 lovely princess...
my love passed away last few years ago...

perpisahan amat menyakitkan but pencinta sejati only Allah, u will find the peace in Iman...

sayang u always....take care dear...be strong and patience always...

abah khalisha said...

Cantiknya view

cik wanie Lovela (CWL) said...

sayang akak muah muah mish u

Anonymous said...

banyak beza.
nurul sila berpijak d bumi yg nyata. sekian terima kasih.
aku kenal kau, aku kenal family kau. tp dlm blog ni kau sgt fake. yer FAKE. kpd mereka yg x kenali kau, boleh la kau nk putar alamkan... tp kpd yg tersangat mengenali kao, jgn main2. hmmm.
aku bca blog kau dr a to z. semuanya fake wahai nurul.. sila kmbali kpd fitrah. semua kau show off bnda2 yg cantik, bnda2 yg nampak branded. kalau bgambar, msti kena berlatarblakangkan rumah bf kau yg kaya, mesti kena show off keta bmw milik family bf kau kan. tp...... kau fikir la sendiri nurul. kau ada akal...
lepas baca komen ni x pyh la nak wat entry khas utk 'haters bla.. bla...' kau cuma simpan je komen aku ni. baca, fahami, selami n delete. thats all. simple. aku bukan jeles dgn kau, x! bkn jugak cuba nk mbneci kau, x! cuma aku kesian kat family kau. hmmm. ok please delete my comment after u done read it. bye.

Nurulbadiah Lai said...

anon: thanks ..
setiap patah perkataan yang tidak benar..setiap kata2 yang menyakitkan hati..
setiap tuduhan dan fitnah..setiap yang ditulis..sesungguhnya adalah mendatangkan pahala bagiku...
and semoga Allah membalas setiap KEBAIKAN kau..

Amin Ya Rabbal Alamin..

VeryLawa (Scarfs) said...

hi nurul, im yuyu.

can i have ur email?

i would like to make an arrangement with you, if nurul is interested lah.

anything nurul may email me at yuyuhakussoaziz@gmail.com

or

http://verylawa.blogspot.com

Anonymous said...

to anon October 14, 2011 6:38 AM

well..aku ni kawan nurul..kenal dari kecik and sekolah and even tak rapat sangat..tapi hari2 aku nampak minah ni.aku pun kenal keluarga dia even tahu kat mana rumah dia..
well..aku rasa kau pon salah seorang kawan die kot.mybe kawan yg busuk hati lah kot..

aku tak rasa pon si nurul ni fake..aku pon baca balik semua entry2 die..ntah..kat mana yg kau kata dia fake?memang tu lah diri and perangai dia..aku tak nampak pon dia cakap dia kaya or pandai..or cantik..yang aku nampak dia tulis dia susah..dia pergi keje naik moto..dia suka beli kat bundle..dia ni pemalas..bukan nya best student and aku tengok dia admit semua kelemahan dia..
penulisan dia banyak general..kalau pon pasal diri dia..aku tengok tak de pon dia nak show off..dia nak bagi semangat kat orang lain adalah..

jgn kau duk mengata sangat kat dia..kesian dia..aku tengok hari2 si nurul ni pergi kerja lalu depan umah aku.dia rilex je aku nampak..tak de pape pon..
even kawan2 aku yang jumpa dia..dia okay je..humble and baik je..
tak de masalah pon..apasal yang kau cakap kesian kat family dia?
kau tak nampak ke parent dia bangga dapat anak macam dia..kau tak tahu dia anak yang kuat..aku pernah tengok dia ergi jual kat pasar malam..aku tengok dia pergi sawah..aku tengok dia naik moto kapcai pergi pasar..kat kampung dia..dia sorang je yang jadik peguam..kau ada?

aku tak pernah nampak dia tak berpijak di bumi yang nyata..aku tengok dia biasa je..penulisan dia okay je.kau baca dari A sampai Z sebab kau nak cari silap dia.shame on u.

aku try cari mana yang kau kata nurul ni show off yang cantik2?yang branded2?
aku tak nampak and tak jumpa pon.
kalau gambar dia tu..normal la..memang dia cantik..putih and comel.and aku tengok kalau dia mention pasal barang2 dia pon.yang besa2 je..kalau ada pon..aku tngok sebab dia menghargai orang yang bagi.dia mention nama org tu.and tak salah pon kalau dia mention barang2 dia sebab ramai yang bertanya..

bila masa plak dia nak show off bf dia yang kaya??amik gambar kat umah bf dia?aku tengok hari raya je..dah nama pon dia tulis hari raya pertama just pergi raya kat rumah bf..so normal lah ada gambar kat umah bf dia..bila masa lak die nak amik gambar tunjuk bmw family bf dia?aku jumpa sekeping je gambar tu pon jauh dari kete tu..aku sure nurul tak de niat nk show off..kau cakap selalu macam lah si nurul ni bertempek 24 jam kat situ..padahal entry di hari raya je..shame on u!

kau jeles sebab blog dia ramai pembaca..sebab dia ni orang yang kau rasa miskin tapi ramai orang puja..bleh berjaya and cantik..
maybe sebab kau rasa dulu si nurul ni jauh ketinggalan dari kau..or tak pandai macam kau..bila kau lihat dia dah jauh meninggalkan kau..kau mula rasa iri hati..
malu lah dekat diri sendiri..
kau sibuk2 pasal dia..dia langsung tak heran..lagi kau mengata..lagi Tuhan bagi Rahmat dekat dia..
lagi pon..semua manusia ade kelemahan..ada baik and buruk..tapi kau tak payah lah nak hitung buruk dia.buang masa je sebab dia yang dapat pahala..kau dapat dosa..

aku kalau jadik kau..aku malu besar.
nampak sangat kau cemburu and kau berhati macam bangkai.

satu lagi..kata kenal rapat/bagik la nama..
buat malu je nak kata kat orang..tapi tak letak nama..cis


sorry badiah..aku ter emo dan sakit ati baca..sian ke mung..aku kenal sangat lah mung and aku suka sangat baca blog mung..mung rilex je..tak buat sakit orang tak mintak makan nasik ngn orang pon..kau susah orang mengata..mung dah berjaya, famous dan cantik..orang kata gok..mung sabar je lah..

sokong sokmo mung!

-ella-

Nurul Ainaa said...

PEDULIKAN .. :)