30 July 2011

Hobi aku adalah berkebun

assalamualaikum..
some people asked me..
hows your life in Terengganu?
must be boring aite??

eh no lah..tak boring pon..my life so busy here like im working in L.A fuyooohh hahaha..

but then..even busy like hell pon..kegemaran aku yang suke berkebun tak pernah aku tinggal..
aku ni suke sangat makan sayur..suka yang amat..so setiap hari..balik je kerja aku konfum akan spend at least half an hour kat kebun sayur kat belakang rumah..
macam2 sayur yang aku tanam..kiranya aku tanam sikit2 je..ala2 tanaman Sara Diri yang macam aku belajar kat dalam buku sejarah form 4 tu..

bila bangun pagi2..bukak tingkap tengok pokok2 sayur yang subur..terus hati jadik berbunga bunga..lantas dengan pantasnye aku grab towel and mandi and terus pergi kerja..
bile kite start our day dengan memandang sesuatu yang berkaler hijau..kite akan jadik fresh tibe2 and bersemangat..:)
betul.tak bohong.

time balik kerja lak..seharian yang meletihkan terus jadik hilang bila aku berbaik2 dengan alam..everyday..dalam pukul 6 aku sampai rumah..konfum, aku akan nampak mak dengan ayah aku dekat kebun yang dah naek pangkat jadik the curve sebab jadik tempat makluk2 sekeliling umah aku hangout and melepak.tet.tet..diorang samada siram pokok2 yang aku tanam or diorang saja melepak kat situ..pastu ada ayam yang mak aku bela bermain2 kat situ..pastu kucing aku yang sweet tu pon selalu je bermain2 kat situ..sumpah bile aku tengok fenomena sebegini..aku rasa indah dan bahagia sangat..alhamdulilah...

jom usha apa yang ada dikebun aku..



welcome people..ni pokok ubi kayu senang giler nak tanam..


ade pegaga and kangkung jugak..sume ni aku yang tanam okey..ada nanas and pokok cili..
best bro.

subur kan?
fav aku ni..aku memang tanam banyak2 sebab sekarang aku amalkan minum air pegaga setiap hari..


ni buah epal..
aku pon tak faham kenapa die jadik panjang macam kacang panjang lak..


ni pokok ceri kot..


ni pokok petola yang hidup segan mati tak mahu..
aku pon tak tahu kenapa yang ni tak berapa nak subur..
buah pon kecik je..

pastu ade banyak lagi yang aku tanam..tapi tak larat nak amik gambar banyak2..
so..who says my life sooo boring??

pembetulan:

buah epal: kacang panjang
buah ceri: kacang bendi

selamat berpuasa..

thanks 4 reading this..

26 July 2011

if u cant save a relationship..at least..save your pride..

IMG_1140

Perempuan bila dah sayang pada lelaki..biasanya dia akan sayang melebihi apa yang sepatutnya..
kadang2 demi lelaki tersebut..kita sanggup segalanya..then..once sang lelaki mula menunjukkan riak yang seolah2 nak tinggalkan kita..time tu kita sanggup berhabis berkorban apa saja demi nak selamatkan hubungan tu..

for those yang berada in that situation..aku nak gitau beberapa perkara..

do you remember this saying?

if u cant save a relationship..at least save your pride..

true enough..

bila sesuatu hubungan tu mula goyah..tak salah untuk kita try discuss and setelkan dengan cara yang paling baik..
but please dont too over...Be nice, be sweet, be affectionate, but don't be desperate. if he has feelings for you, he will come to you. if he doesn't you will need to find your love elsewhere.

jangan sampai kite merayu2..menangis2..meratap dan buat apa saja untuk dapatkan die kembali..what for?
With a man who cares about you, you don't have to beg...really...
kenapa kita nak menzalimi diri kita?sedangkan Allah xpernah zalimi kita..jangan hanya kerana lelaki yang singgah sekejap je dalam hidup kita..kita rasa dunia ni dah kiamat bila dia dah tak de dalam hidup kita..

ingat..mak ayah kita tak pernah nak buat macam2 kat kita..inikan pula die..dia siapa nak buat kita merayu2 just untuk hidup bersama dia?
no need my dear..
kita harus jaga our dignity..jangan gadaikan our dignity for nothing...
ikhlas aku gtau korang.. if im be in that situation..i will try to save my pride rather than a bullshit relationship..if he doesn't love me, its okay then..and I'm not going to beg any man to be with me.

aku faham..kadang2 bercakap lebih senang dari melakukan..tapi kita kena bangkit..hidup kite terlalu singkat untuk dibazirkan dengan menangis..merayu hanya untuk mendapatkan cinta sang lelaki..respect yourself dear..dont make yourself too hungry for his love..

kadang2 ada diantara kita perempuan yang terpaksa merayu2 dekat lelaki hanya kerana kita pernah terlanjur atau buat sesuatu yang over limit dengan dia..so nak tak nak..kita terpaksa menagih dan melutut untuk that stupid love..
its actually NO!!!
ya..i admit that...kadang2 perempuan fikir maruah sudah tak ada nilainya sebab die dah terlebih terbelot dari landasan..but itu adalah sgt salah..sebab maruah itu sangat subjektif..
ingat..
biarlah maruah kita hilang sekali jangan berkali kali..
biarlah kita buat kesilapan sekali but jangan berkali kali..
normal manusia jadik bodoh sometimes but dont be an idiot to be stupid for all de time..
bila orang dah tak mahukan kita,..no need untuk kite memaksa dia untuk menerima kita kembali just semata2 kita pernah melakukan kesilapan yang besar dengannya..
daripada kite merayu dekat dia..baik kite merayu dekat Allah..

and kadang2 sebagai manusia..kite melakukan kesilapan terhadap pasangan kita..kadang2 kita pernah tinggalkan dia..or sakitkan hati dia..kita bukan malaikat untuk menjadik baik all de time..
and after kita mintak maaf dan mengakui kesilapan kita..after kite berusaha untuk menyelamatkan hubungan kita..die tetap dengan keputusan die..malah siap mengejek2 dan menyakitkan hati kite berkali ganda..
for me..u better stop..jangan kamu hilangkan maruah kamu untuk meratap2 dan menangis yang keterlaluan hanya kerana kamu yang salah..
ingat..sesuatu yang hendak dilakukan biarlah sederhana saja.dia siapa sampai layak menghukum kite dengan sadis sekali?
Allah yang maha agung dan besar pon tidak menghukum kite sesuka hati..inikan pula seorang manusia yang tak punya apa2??
am i rite.

so..learn this..

"Treat yourself as a person of value. Prize yourself, as the one who loves you will prize you. .."

Thanks for reading this

18 July 2011

berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas



if u wanna know someone..see with your heart not your eyes..

sejak kecil arwah nenek selalu pesan kat aku..
kalau nak bagi sesuatu dekat orang..pastikan bagi dengan ikhlas even hanya sekeping roti..sebab apabila kita memberi sesuatu dengan ikhlas..orang yang menerima itu pasti akan merasainya..

tentang ikhlas ni kadang2 kite selalu pandang remeh..kita bagi sesuatu kat orang lain so kita harap orang itu akan menghargai kita..padahal kite bagi tak ikhlas mana pon.bila orang tu tak menghargai kita and apa yang kita lakukan..kita terus rasa kecik hati..

ingat..sesuatu yang ikhlas pasti akan masuk kedalam hati orang yang menerimanya..bukan setakat pemberian barang2, nasihat, teguran dan cinta pon harus diberi dengan ikhlas..ikhlas yang sebetul2 ikhlas..

kadang2 kite sedih kerana cinta kita tidak dihargai..padahal pernahkah kita terfikir..ikhlaskn kita mencintai die?adakah kita mencintai dia hanya kerana rupa atau hartanya??
setiapkali aku sedih dan merasakan orang yang aku sayang tidak menghargai aku..aku cepat2 cermin diri sendiri..ikhlaskah aku?

kadang2 bila kita tolong kawan kita..pastu kawan kita take for granted je. and kite terus ungkit2..marah2 dan sakit hati..
tapi pernahkah kite terfikir..
padanlah die tak menghargai kite kerana kite sendiri tidak ikhlas melakukan nya..

bercakap pasal teguran atau nasihat..aku ambik contoh orang yang menegur aku kat blog ni..and ada kadang2 aku terima teguran itu dengan hati yang terbuka..sebab aku rasa teguran tu sangat sampai kedalam hati aku..maybe orang yang menegur tu ikhlas.
aku sangat percaya pada kata2 hati..kalau orang itu ikhlas dengan kita..hati kita dapat rasa sangat..

sama jugak dengan pujian..kadang2 orang tu memuji kite berjela jela..tapi kita bleh rasa die xikhlas puji kita..kadang2 orang tu puji kite dengan satu ayat je..tapi masuk dalam2 dlm hati kita..

kadang2 entry dekat blog aku ni..aku menulis dengan ikhlas..ada ketika aku menulis tentang hidup sampaikan air mata aku berjujuran..betapa aku ikhlas mahu berkongsi...kalau2 ade entry yang masuk kat dalam hati korang tu..tu tandanya aku menulis ketika hati sgt2 ikhlas..
and kalau tak masuk kat dalam hati korang tu..tu tandanya aku menulis hanya sekadar nak update entry..simple as that..

sebab tu aku nak cakap..ikhlas tu sangat penting..bukan pada kata2..ikhlas pada hati..buat sesuatu dengan ikhlas even orang xtahu..sebab orang yang menerima dengan ikhlas akan dapat merasakannya..

suka saya nak share disini apabila kite sendiri ikhlas bersahabat dengan seseorang..ikhlas memberi dan menyayangi seseorang..pasti orang yang menerima itu dapat merasainya dan menghargai kita..

JIKA ENGKAU BERBUAT BAKTI KEPADANYA, IA AKAN MELINDUNGINYA.
JIKA ENGKAU RAPATKAN PERSAHABATAN DENGANNYA, IA AKAN MEMBALAS PERSAHABATANMU.JIKA ENGKAU MENGHULURKAN KEBAIKAN, IA AKAN MENERIMA DENGAN BAIK.
IKA ENGKAU MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADA IA AKAN MEMBANTUMU.
JIKA ENGKAU MEMBERI SESUATU BANTUAN, IA MENGHARGAI DAN MENYEBUT KEBAIKNMU.
JIKA ADA YANG TIDAK BAIK PADA DIRIMU, IA AKAN MENUTUPNYA.

p/s: jika sesiapa ikhlas dengan aku..ikhlas menegur..ikhlas berkawan mahupun ikhlas mencintai aku..orang itu pasti akan mendapat kasih sayang aku yang paling dalam..orang itu pasti akan sentiasa berada dalam doa aku..:)

thanks 4 reading this.

16 July 2011

jangan kejar masalah.jangan lari dari masalah.hadapi masalah

hey sunday..
I'm too lazy to blog okay now lets get random...

i dont know how to tell you this but seriously..hati aku sangat hancur remuk redam..
and setiap hari aku selalu fikirkan ayat tak berperikemanusian macam ni kat diri sendiri..
kalaulah aku..
kalau..
kalau..
and kalau lagi..
and kalau tu memang sangat2 membunuh..
sebab ia macam kita menolak realiti..
Fish fishy fishery, I can't take this anymore..haish
okay now delete KALAU itu..
setel satu perkara.

and kesedihan tu kalau kita tak atasi..kita memang boleh jadik mereng..semakin aku menolak realiti..cuba untuk melarikan..semakin sakit dan menyakitkan..
so terbaik adalah..hadapi and bersemuka dengan kesedihan tu..apabila kita hadapi sesuatu tu depan2 mata..depan2 muka..memang ianya akan membuat kite double down berbanding dengan kite cuba avoidkan..tapi double down itu hanya sekali je kita rasa and after that..
insyallah kita okey..
pengajaran:jangan lari dari masalah..hadapi and lawan masalah tersebut.
setel perkara 2..

apabila sesuatu masalah itu dihadapi and dilawan depan2 mata..memang..rasa down or pedih and sakit teramat sangat..
so jangan biar diri duk layan blues sorang2..itu akan buatkan kite berfikir 30juta kali gande tentang apa yg terjadi..and itu akan memudahkan jalan2 ke pintu utama Hospital BahagiaTanjung Rambutan..
aku tak nak hidup aku dihurung rasa sakit and tersakit macam lalat tu..heck i hate this..
selain doa dan amal ibadat yang tak berapa sempurna..aku akan keluar berpelesaran dan menghiburkan hati dengan petikan gitar2 kegembiraan dengan kawan2..chewaaah ayat lirik lagu macam celak*.

setel perkara tiga..

i really hate this but sorry My blog's always so emo. Double haihs..

urm now what ya??

weekend baru2 ni kuar g jalan2 and dating2..
alang2 buat entry aku upload la pictures sekali...triple haihs.
(Sad to say that Blogger really sucks big time, cant upload much. Stupid Blogger)

here it goes..

hope u preoccupied:)


nama kite nurulbadiah.


ni kawan kite.


kite pendek macam pensil.


kite comel.tak nak cakap tapi nak cakap gak.


kita suka senyum.


kite suka makan.


kita happy.

btw..before this entry come to end..
i like to sharing this..

An English professor wrote the words:
A woman without her man is nothing"

on the chalkboard and asked his students to punctuate it correctly.

All the males in the class wrote:
"A woman, without her man, is nothing."

All the females in the class wrote:
"A woman: without her, man is nothing."

double triple like!!

Thanks for reading this

13 July 2011

Lagu ini memberiku semangat

Bismillah..

264298_2292763917745_1208442176_32966375_2764438_n

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

setiap kali aku rasa semangat aku mati..setiapkali aku rasa aku tak mampu nak lakukan sesuatu..aku akan dengar lagu ni..

untuk apa aku terus menangis sedangkan aku boleh tersenyum..
untuk apa aku terus jatuh sedangkan aku boleh bangun..
untuk apa aku merasakan aku tak boleh sedangkan aku boleh?
tiada siapa yang berhak berkata YA ATAU TIDAK melainkan diri aku sendiri..

Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah....

Thanks for reading this.

10 July 2011

entry macam bagus.


This is me.
aku pon..
busy.
busy gak la.
*busybody.
(*diatas sikap org lain)
okey tutup kurungan.

blog blog blog

dan blog lagi,

kondem sana kondem sini

bersih kotor bersih kotor

media hancing giler..besar-besarkan perkara sebesar tahik mata.
biar nampak gah.nampak grand.nampak puaka dan binatang.
walhal benda nya tak de pape pon..provoke je lebih.
tu yang menjadikan dua dua belah pihak semakin hangat dan bertelagah.
si pembangkang tak semua suci
sang kerajaan tak semua suci
apa pon dua dua jangan buat bumi ni macam bumi abah kau.

sumpah BOSAN!!!!!!!!!!!!

actually petang ni bosan giler..
actually aku xde benda nk dikongsi.
and time frame yg pack dgn aktiviti..bangun pergi kerja..ulang mahkamah.balik ofis.esok pergi kerja lagik.tunggu weekend.
pergi gim blaja gimnanstik harap2 dapat masuk olimpik (tipu).
dengar cerita malaysia layak ke piala dunia(rumour yang tak masuk akal)
Brat pitt dah clash dengan angelina jolie. (ye ke????)
ye lah kot sebab semalam brat pitt ada call aku.(serius)

bangla kerja kat sebelah ofis aku ni gatal gile.nasib baik kat bawah ofis aku ade klinik.
klinik wan saleha namanya.
kalau die gatal and menggatal lagi.aku suggest die pergi amik ubat kat klinik tu.
semalam dapat sms cinta dekat facebook lepas tu bf mengamuk suruh delete.
kawan baru aku ain and ira cantik.
lebih cantik dari aku.
kawan baik aku dah lama aku tak jumpa. tau2 dia dah kene dump.
main bola aku jadi keeper(semalam mimpi)
justin timberlake cakap aku lawa.
kulit muka aku ade jerawat.
sumpah aku benci aircond.
tekanan keje dan perasaan menyebabkan aku karok sorang2 dalam jambam.
lagu baik baik sayang aku hafal.
tadi godek2 dalam laptop jumpa lagu "bekas makwe ku yang macam bagus"
tajuk best tapi lagu hampeh.
aku tak mampu nk beli kete lagi. kenapa org laen mampu?
aku gurau2 ngn kawan aku.aku cakap i want your money your money not you.
kawan aku cakap i want your body your body not you.
aku rasa nak bagi penampar.tapi tak nak kotorkan tangan.aku sabar.

sape nk aku bekenalan dgn abah boyfriend kau?
aku baca buku Beriman kepada Allah tulisan sapa tah aku lupa
dengan buku kisah2 lawak para2 sufi aku pinjam dari ain. special wink.
eh ade reporter usha aku.(tak tipu)
aku liat macam selipar jamban nak bangun semayang subuh.
Allah tolong ampunkan dosa2 ku.
without me my blog is nothing.
without my blog..
im just doing fine.
so on and so forth!

thus,
ko generate la sendiri idea berdasarkan penulisan aku diatas utk agak2 cerita disebaliknya.

06 July 2011

perkara yg girl selalu buat time pergi dating tapi please jgn buat ok.

korang yang tersayang..korang mesti pernah keluar dating kan ngn boypren korang or bakal suami korang..tapi korang perasan x..kadang2 ade benda tentang korang yang korang xberapa nak sedar yang bleh buatkan lelaki rasa korang ni annoying giler..
so..
jom kite lihat ramai2 situasi dibawah..



tak ready with your dressing keh keh...selalu keep people waiting..

tang ni yang aku selalu buat(xpernah tak buat)..lambat lagi melambatkan..bile aku cakap..jap2..give me 5 minit..(it actually padan muke hang ..at least 30min lagi kau kene tunggu aku bersiap)..
and yang ni aku rasa part paling lelaki tak suke..as my boyfren selalu komplen.."len kali tobat kalu janji nak kuar kul 2 petang..kul 5 petang baru nak datang amik "..
entahlah..aku pon xtahu kenapa jadik masa nak bersiap xpernah cukup..xpernah nak tepati masa..selalu buat org tunggu2 kite(ala xpelah lah kan..sapa nak sapa?kau nak aku kau tunggulah) **with eveil face mata merah2 tanduk kaler kuning susu.:)
tapi bile orang lambat datang pick up..aku call xputus2 sampaikan habis bateri phone org tu pastu bile die sampai..aku tarik muke 400 kilometer kuala terengganu-kuala lumpur.



betul2kan rambut and tudung pastu tarik cermin tu buat macam cermin kat jamban rumahmakcik Bedah yang dah balik kedah tu.

ni pon aku pernah buat..boleh plak aku pergi tarik cermin kete yang kat tengah2 tu pastu betulkan tudung aku..
sekali bleh lagik.
2 kali bleh lagik
kali ke 3..boypren aku bagi satu ayat je
"kalau lah cermin tu boleh bercakap..pasti dia akan cakap kau tengok aku sampai pecah pon muke kau macam tu gak..dah xbleh nak oter2"
okey sentap.
jahanam punyer boypren.


duduk elok2 jangan buat macam kau tengah ratah tulang lembu kat rumah nenek kau.

as a perempuan..kadang2 kite kene behave sebab nanti lelaki yang nak buat kite bini..tibe2 cancel balik macam tekan button backspace kat laptop..jangan cakap2 sampai tersembur air liur nanti lelaki jadik geli..
kadang2 yang ni aku selalu gak buat..tapi xde lah sesial gambar diatas..setakat duk bersila time makan kat kerusi or bersila kat kereta jelah..tapi bile fikir2..memang xberapa nak sopan sangatlah..hehe


janganlah jadik sentimental sangat..

lelaki paling pantang tengok perempuan nangis kat depan public..kalau boleh elakkan lah nangis2 kat public even hati kau remuk redam camne pon..really..men dont like tear especially in public..jangan duk paksa2 die cakap sesuatu yang die xnak cakap..nanti lelaki akan rasa korang annoying giler..
aku pon pernah gak sakit hati sgt..pastu aku tak bleh tahan air mata menitis jugak siap masuk dalam cawan air yang aku minum lagik..pastu boyfren aku memang bengang giler(padan muke) and lagik die suh aku diam lagik aku paksa2 biar air mata kuar lagik banyak(aku bayangkan cerita winter sonata yang sedih tu nak dapat feeling supaya air mata kuar wakaka).
kau sakitkan hati aku..aku sakitkan hati kau balik.
padan muka.



bergurau berlebihan.

tahulah korang jenis bising2 and aktif tapi agak2 lah sikit..
janganlah korang gurau2 ngn lelaki yang korang sayang kat depan public macam kau bergurau dengan anak beruk pakcik Mail yang kau bleh cubit2 telinge die..tenyeh kepala die..lelaki bengang siot kalau korang tak berlapik camtu..
korang cover la sikit ayat korang and perlakuan korang jangan sampai lelaki fikir korang ni sebanarnye badut yang tengah beraksi kat dalam sarkas..

so perempuan..ingat tu..hehe
pastikan everything under the order..

kan comel je kalau baik2 camni..susun elok2..duduk elok2:P

Thanks for reading this

04 July 2011

dear manusia: jom kite mencantikkan kaki yang hodoh.

salam hari selasa semua makhluk bernama manusia ..
hadirin hadirat sekelian alam..hari yang mulia ini saya nak bagi korang seketul tips camne nak cantikkan kaki, nak lembutkan kaki and termasuk camne nak buang sisa sisu kat dalam badan korang..

memandangkan saya adalah diantara makhluk yang mempunyai kaki hodoh lagi menjelekkan..apatah lagi saya ni suke berkubang macam kerbau didalam lumpur..ya Allah memang berkarat karat la my kaki u all..

so korang..
jom tengok saya membaik pulih kaki saya yang hodoh lagi berkarat tu..
setiap seminggu sekali saya buat terapi ni..

100E2724
terapi ni saya gune limau nipis..disebabkan kat belakang umah nenek saya..ade pokok limau nipis yang besar raksasa..so kerja saya adalah menjahamkan buah2 nye..

see?
fresh darik 40jute ekar ladang limau nipis saye..

bahan-bahannye adalah..



2 bijik limau nipis yang dibelah empat
sesenduk beras..erk?sesenduk erk?cam xkene je ayat.
and sepasang kaki.

p/s:lagik hodoh kaki tu..lagi digalakkan..kehkeh


then.perahkan limau tu kat dalam bekas..gaulkan die biar sebati..
then rendamkan kaki
and gosokkan limau tu pada kaki korang..



lepas tu..
rendamkan kaki korang dalam air limau tu selama 15minit..
kalau bleh..sambil rilex2..
and dengar lagu best2..
so bleh hilangkan tension korang sekali..

lepas tu..lap kaki korang bersih2..and letak losyen..

kebaikan terapi ini:

dapat melembutkan tumit and kulit kaki
mencerahkan kulit kaki
memudarkan parut2 kat kaki..
menghilangkan kegatalan and kuman2..
menghilangkan bau2 bacang kaki
membuang sisa2 toksik dalam badan..
and last sekali..
membazir masa yang sudah terbazir..

selamat mencuba..

thanks 4 reading this