20 October 2010

third class mentaltity?

refer my previous entry i love the way she bitching me.

anon:
sayang....stick to ur mother tongue plis. ur english sux. boleh je anda guna bahasa melayu kan..?? xeprlu gune BI kalau anda x reti guna..

actually entry ni bukan nak ditujukan kepada anon(yang mybe namanya Longkang Parit binti Rantai basikal, thats why dia malu nak letak nama dia kot) tp just nak sentuh pasal pemikiran kelas ketiga yang ada padanya dan jugak..ditujukan kepada semua orang agar jangan ada this kind of 3rd class mentality.ok??

orang yang mempunyai pemikiran yang sakit seperti itu..tidak akan maju kehadapan..dan jugak dia menghalang orang lain untuk maju ke hadapan..samada dia takut untuk mencuba, atau dia merasakan dia telah terlalu perfect untuk memperbaiki dirinya..maka dia akan memandang rendah pada kebolehan orang lain..seriously..i really hate orang yang suka memandang rendah pada kebolehan orang lain..tell me..macammana kta nak menjadi bangsa yang maju kalau pemikiran seperti itu ada dalam diri kita?

X PERLU GUNA BI KALAU ANDA XRETI GUNA

Ini adalah pemikiran orang yang sememangnya XDE CLASS bagi aku. kalau lah semua orang berfikiran sebegitu..xkan ada sesiapa yang berani nak guna English sebab takut kena condemn dengan orang yang Master dalam English ni..orang yang bijak pandai xkan mengeluarkan statement seperti itu. seriously i am so damn tired with that kind of mentality.

tahukah..the best way to fully learn a language is to actually use the language..kita kan non-native speakers, so normal lah kalau our English poor. Actually nothing to be ashamed of in trying to use English..tp pemikiran sebegini dari orang yang claim die hebat dalam English will make people fear to use english.and i really hate that.

Even my teacher, my lecturer pon selalu cakap..bia lah english kite ni broken giler pon..tapi guna jugak..sebab practice make perfect kan..

orang itu mesti xtahu kan..kenapa di wujudkan subject bahasa Enggeris..kena buat essay sume..sebab nak suh orang yang xreti english belajar dan practise la..ni mesti orang yang ade 3rd class minded ni xambik exam kat malaysia kot.die ambik exam kat planet pluto kan?

teguran yang mengatakan my English suck, saya terima dan actually im still learning and improving my english..tp statement yang mengatakan jgn guna english kalau xreti guna..saya bangkang sekeras2nya..orang itu dan sesiapa saja yang ada pemikiran 3rd class seperti itu..plz..buangkanlah..ini xkan membawa kita kemana2, malah pemikiran seperti itu hanya akan merugikan kita dan bangsa kita..

ilmu ini tiada batasan..setiap hari kita belajar..buat mistake..kita betulkan..dan belajar lagi..macam dalam blog ni..actually kadang2 dengan penulisan..dapat jugak la improve kan..i dont afraid others will tease me..so..even right now..im still learning and i have no shy-feeling if i used wrong grammars or words.orang itu harus faham saya mahu jadi orang yang pandai..saya xmahu jadi orang yang xde otak yang suka mengktirik, condemn..pastu memandang rendah pada orang lain..untuk menjadi orang yang pandai saya harus berusaha..memperbaiki diri dan berani dengan apa yang saya buat..

my mother speaks Bahasa Terengganu(my mom langsung xboleh cakap perfect MALAY or english) all her life..and my dad speaks Cantonese, Mandarin and broken English. so kalau nak cakap aku ni guna broken english dalam blog ni..normal la..sebab aku dah didedahkan dengan broken english lagi sejak kecil..so normal lah kn kalau english aku suck..at least aku try jugak nak guna..maklumlah..aku ni warganegara malaysia dan tidak berbangsa mat saleh..so honey....mentality seperti itu tidak harus ada dalam diri kamu sekiranya kamu ingin melihat bangsa kamu berjaya..

kalau saya nak jadi orang orang yang berfikiran 3rd class seperti itu..saya pon pasti dah condemn kamu camni..

SUX bukan dieja macam tu..SUCK dieja macam ni..UR xdieja macam tu..YOUR dieja macam ni..PLIS x eja mcm tu..PLEASE dieja macam ni.

So xkan saya nak cakap english kamu tu so suck?xkan saya nak cakap jangan eja word BI kalau xreti eja? coz saya tahu..kamu nak komen entry saya kat dalam blog yang santai camni..normal lah kalu u tulis short2, or error in typing kn?so just please think about it.

so kawan2 semua..ingat..jangan kita memandang rendah pada orang lain..jangan kita buat orang lain takut untuk mencuba..sebab..kalau kita pandai..biarlah semua orang pandai kan?

p/s:aku berani dengan perkara yang aku rasakan betul..peace no warz..



mak aku cakap..kalau kita nak menggapai awan..jangan takut untuk jatuh..


mak aku cakap...pasti akan ada segala halangan, kiri dan kanan, depan dan belakang dalam setiap benda yang mahu kita lakukan..tp lakukan jua..


mak aku cakap..kalau kita mahu bermain lumpur..jangan takut akan kekotoran..begitu juga kalau kita mahu berjaya..jangan takut kegagalan..jika sentiasa kita berdiri..sekali sekala kita harus duduk dan setiapkali kita berdiri..pandanglah yang duduk itu sebagai yang membantu kita untuk berdiri..dan setiapkali kita duduk..pandanglah yang berdiri itu sebagai penyuntik semangat kita..


mak aku cakap..sentiasalah berpijak dibumi yang nyata..berdiri di atas kaki sendiri dan yakin dengan kemampuan diri..Insyallah..kita pasti akan menjadi orang yang berjaya:)

till me again..i love u readers:)

p/s: syg thanks 4 everything..your are my NO 1 supporter:)

73 comments:

Loyar Lawa said...

suke caption pada gambar... nice

me n him said...

suka semuanya ttg kakak.

Liya Laa said...

yes. totally betul apa yang k.nurul ckp.
kalau orang perfect bi, dia takkan ringkaskan ejaan bi because dia takut memberi makna lain.
so, i think dat ANON totally out in English. HA HA

zuk zuhaiza said...

ouh..suka semua kata2 ur mom tu..
it inspired a lot..

bella dela rosa said...

gambar cantik yangggggg!

ber_u_wang said...

biarkan di menyalak ..nurul. teruskan perjalanan kamu

ieyka02 said...

ske part 'mak aku ckp'...hishh..kite pon xpndai bi gak..hihih..tp tuh la kalu mlu nk gne bi smpi suda xreti kn nurul..

Amri Rani said...

Salam..

Suka dgn ini "sentiasalah berpijak dibumi yang nyata..berdiri di atas kaki sendiri dan yakin dengan kemampuan diri"

Roxy zai said...

btol2!!..sampai bila2 pun org xkan guna english kalo ada org cm dia tu..we might speak wrongly then people will correct us. so we'll improve our english~

crayon said...

syg.. i love u

Miza Yusof said...

you go girl. setuju dengan kata-kata awak.

Rebelle Me said...

i dun get it..
i dun thnk ur english is so poor..
myb cz i often use broken english..
i dunno.. :p
but heyyyy..
jz chill dear..
u hv try ur best to learn english aitttt..
forget wat they said bout u..
take it positively..
(:

lynn said...

betul2. kalau tak speaking. cne kiter nak improve english. biarlah org nk kutok kiter abes2 kan asalkan kiter blaja dari kesilapan. ^^

n a d e a said...

nurul, im proud of you! berani kerana benar... and totally agree with you! practices makes perfect.. keep it up ;)

Clara Emily Cancer said...

abaikan je la awak org cmtuh.
jeles kut.
takpun tipikal minded.

anyway i love ur pic.
nice la.
kasut u cntik.
i suka kasut u.

pencerita yang kepenatan said...

tats true..mcm mana kita nak perbaiki kalau kita tak berani nak mencuba...utk org2 yg mcm tu..please..anak bangsa ko takkan maju selagi ade org2 mcm ni...org yg sering perkotak-katikkan bangsa sendiri..yg ade idea utk menjatuhkan bangsa sendiri...if u r too good in english thn y dont u just teach to those aint good in tat?love this entry alot...sorry ter emo pulak..huahauhau

Kuman Chaos said...

terangnya warna hijau tudung tu eheheh

anyway... i hav to agree.. aku pun still belajar english dan betul kalau kita tak tau language tu lagi banyak kita pakai lagi la improve.. sbb tu la banyak takleh nak improve sebab takut kalau org condem.. payah la camtu...

pelikkan anon tu pun guna broken english jugak eheh
kuman "Screen Capture.." Entry

MarelFira said...

i love ur mom's word tooooooo....

poyossssss gler org mcm tuh...

akk sba yer!

nazirafarahinomar said...

ignore the negative words badiah :)
just keep what u'd started,girl! ^_^

SweetyMui2 said...

so true :)
practice make perfect.kalau takut nak guna macam mana nak maju. i'm poor in english too but i read eng books,novels and that's how i improve.broken sikit-sikit tak kisah janji orang paham apa yang kita nak sampaikan. go go!! :D

dyah pinky! said...

semua mak cakap. hehe.
btw. nurul mmg cantik.
:)

lady XOXO said...

HOYEH saya suka dear.. betoi2.. ok nk komen sikit can dear...

1. kalau dia tu berani asal dia tak letak jer NAMA dia.. sure ada nama kan.. aper da

2. xo sokong kata u dear, biar kita broken english.. even teacher xo pown pernah cakap.. tak bermakna kita tak tau kita tak leh cuba.. biar lah cakap jer bi camner pown n its true praktis make it perfect...

3. dia nk eja pown tak betoi dia nk perbetulkan kamo.. cermin la diri dia tu.. GERAM NIE DEN tetiba

4. kita tak kan maju kalau kita masih bertikam lidah sesama kita n masih ada niat buruk pada org lain.. kenapa dia perlu hentam kamu terok2 XO tak paham.. patut nya dia klu tak puas ati just contact u personally n have a good talk gurl to gurl.. kan molek.. bagi XO kamo wat entry ni bkn nak marah dia balik.. tapi kamo cuba terangkan secara aman dan damai.. harap that gurl paham kamo n mengerti.. wkakkakk

5. XO walaupun tak kenal kamo secara personally tapi xo leh rasa kamo ni ok n jujur dear.. so b patient.. betoi kata mak kamu dugaan pasti akan datang.. just kamo handle it dgn matang n wise ok dear...

XO dan follower kamo yg ikhlas ni tetap akan support kamo.. sbb kamo adalah nurulbadiah yang jujur.. (for me) sorry panjang komen.. hope kamo tak marah... XOXO

BLADE EDGE said...

Salam nurul...

1st, thank u for dropping by at my blog..

mmg nak kata, inilah antara sikap yg paling saya terkilan di kalangan masyarakat kita. asal ada jer org yg lebih sikit, mulalah cuba jatuhkan. dlm byk hal, sama jer..lg teruk kalo sampai ada yg main sihir2 semata2 kerana dengkinya dan sikap xsukanya pada org yg lebih drp dia..mintak jauh la dik..

saya sndri xsuka sgt cari salah org sbb xsuka org cari salah saya. tp masalahnya, sikap mcm ni dah sebati dlm masyarakat kita. bosan sbnarnya bila org slalu cari salah kita, dik..cara saya utk atasinya - jgn duduk bsama org dr jenis mcm ni, susah kita..nak buat keje pun jadi susah n sakit hati..kalo jenis tegur cara elok tu xper, blh terima..tp tu la, yg elok tu susah nak jumpa dik..

xperlu guna BI kalo xreti? tgk tak iklan tv yg minah saleh dlm bas mintak tunjuk jalan ke tugu negara (national monument) tu? abis lintang pukang cakap budak2 tu, minah tu abuk pun xpaham!

mesejnya pun jelas suruh guna/praktis BI. kalo tak, esok2 kita sndri pun susah nak interchange ilmu pengetahuan dgn bangsa asing dan bangsa kita akan ketinggalan di blakang.

buka stakat english jer dik..secara umumnya, bahasa lain pun sama, kalo nak pandai satu2 bahasa tu, mmg kene guna/praktis/cakap sampai mahir. lantaklah broken masa awal2 pun xper. nnt last2 ok la..if not, xkan ada la keje as interpreter antarabangsa utk berhubung dgn dunia global. bangsa asing pun akan susah nak tolong kita kalo kita xpaham bahasa diorg..

bangsa kita pun xkan sampai ke oversea dan blajar ilmu2 dr diorg. kalo xde org kita sndri yg kuasai bahasa asing, mcmana nak communicate dgn diorg utk dptkan ilmu dan pnglmn diorg? cuba fikir - akan ada ke kerjasama antara proton & mitsubishi kalo xde org2 yg mahir bahasa asing? akan wujud ke german-malaysian institute (GMI) kat cheras kalo xde org yg mahir bahasa german? spanish-malaysia inst. (SMI), japan-malaysian technology inst (JMTI) dan sebagainya.. saya sndri dr GMI, dik.. tpaksa biasakan diri speaking dgn mat2 saleh kat situ sbb diorg kurang dgn BM :-)

honestly, blaja BI kat skolah, even adakan Hari Bahasa Inggeris xberi kesan sgt sbb budak2 xnak and xde inisiatif. blakang2 guna BM semacam! mmg kene praktis kalo nak mahir, xde pilihan!

ya, ilmu tu xde batasannya. abis air laut jadi dakwat utk tulis skali pun; ilmu tu xpenah abis..ada lg dan lg dan lg.... :-D

teruskan blajar and do improvement. kita akan tahu dan faham mana betul dan salahnya. jgn takut buat salah utk blajar.. sesiapa yg xnak tu, abaikan jerr..

bykkan membaca bahan2 dlm BI and try speaking..tgk english movie tu boleh but try not to depend much on malay translation. fahamkan grammar, lenggok bahasanya, terms yg diguna..pastu try sndri..bykkan try and error bila blajar ni..


good luck and have a good day, nurul..

BLADE EDGE said...

salam nurul...

teruskan praktis, bykkan membaca bahan2 BI and try speaking..bykkan try and error bila blaja..jgn takut utk buat salah masa blaja..

Maria Elena (Zarul) said...

ahaha!!!

apa you cakap memang betul!
kalau orang tu bajet terror sangat english, so what? perlu ke condemn orang lain?

english is not our primary language, tapi dah boleh cakap/tulis pun dah kira very awesome la!
so what berterabur ke salah grammar ke apa.

as long as you (and us) are brave enough to make mistakes and learn.

=)

just write the way you've always written. it's fine to me and of course your readers =)

The Sharkox said...

Woot woot...i like u namakan anon tu sebgai Longkang Parit binti Rantai basikal. Seriusly, nama tu unik

Layla Zahara Isabelle said...

forget about those shits dear..
i pun guna broken english gk but i tried to improve mine.
so yg dorg nk skt ati sgt 2 pehal?
just go on with your life n pedulikan ape org nk ckp.
btw nice pictures you have.
sgt jealous ngan u..
byk giler pic lawa2 :)

complicated said...

hye hye hye,.. u know wat i ever in such situation.. i juz kept silent n d girl end up shouting releasing her tense...hahaha... those kind of peeps shud juz b ignored la.. wasting our times... they r juz brave enough bhind us... gossiping bout evrything 2 make us down... in reality?? they r jealous n nothing else 2do... coz all tehy know is talking n commenting on people w/out looking at their self..... so,, u go girl... u r good enough od... leave them with their own world.... peace NO war :))))

BLADE EDGE said...

salam...

sorry dik.1st komen tu terlebih pjg pulak..tulis balik ni..hehe

mmg ni la antara sikap masyarakat yg plg saya terkilan. bila ada yg nak naik jer, akan ada la yg cuba jatuhkan..lg teruk, ada yg guna sihir..mintak jauh la dik...

kalo penah tgk iklan tv yg minah saleh dlm bas tu nak gi ke tugu negara (national monument), mesejnya jelas suruh guna/praktis speak BI. tgk la budak2 skolah tu, cakap pun tunggang langgang..abuk pun xpaham..

fikirkanlah-kalo kita sndri xkuasai bahasa asing ni, kita akan susah utk communicate dan interchange ilmu dan kepakaran dgn diorg. xkan ada la interpreter antarabangsa utk translate info dr sluruh dunia dan kita xkan tau apa yg jadi di dunia luar sana.

bangsa kita pun maybe xkan sampai ke oversea kalo xde org kita kuasai bahasa luar..fikirkan-akan wujud ke kerjasama proton-mitsubishi jika tiada yg kuasai bahasa asing?akan wujud ke german-m'sian inst. (GMI), spanish-m'sian inst. (SMI), dll. jika tiada yg kuasai bahasa asing? bukan english shj, bahasa lain juga..

xperlu guna kalo xreti? bila nak pandai??kalo gini la sikapnya, sampai bila pun xkan apa2 dik..

teruskanlah blajar dan do improvements. praktis akan jadikan ilmu tu 'lekat' dlm diri dan kita akan semakin mahir..bg sesiapa yg xnak, abaikan shj...

zacky ~786~ said...

btol 2..~
org ske cari kesalahan org lain tanpa mnyerdari akan kesilapan diri sendiri..
nie la jd yer... mengkritik org sana sini .. tnpa b'fikir ttg kritikan die 2..
tu ke org y d'gelarkan bijak pndai sgt !! ckp ngn dia ngajar burung kakak tua ckp BI lg bgss.. xde org sakit hati ngn kata2 die tu...
emo la plak..
haisshh geram tol org cmtu...

nyway.. sbr jela k..
aLways smile.. :D

~eZmALiZa~ said...

sumpah suke gile entry ni. and i love the way you reply it back! mmg gempak!! :D

btw, jgn jadi macam ketam yang nak mengajar anaknye berjalan. ketam sendiri jalan tak betul, nak ajar anak dye jalan dengan betul pulak...

tapi kalo kite makan ketam, sedap jugak kan?? hahahaha.... :D

nurul badiah lai..i love u and always support u darling! :)

Pinky Pixie said...

anon yg x bertamadun. nak betulkan org tp diri sndri pun x brapa nk betul. hehe

♥..permysuri_hati..♥ said...

sbr syg...kuatkan smgt..byk dekatkan diri pd Allah..berdoa...merintih pd Nya..itu jalan terbaik...jika menangis itu 1 cara kamu lebih tenang..nangis la sekuat hati sehingga diri kamu tenang setenang2 nya....

ya Allah..lindungi nurul.... (T_T)

Scha said...

babe, i've spent quite a long time reading all ur posts. Menarik! U're rite, we're not the native speakers of english language. No matter how good we are in English pon, msti ade yg tercicir sana sini gak. Xyah, ckp english la.. Kita tulis essay BM pon mesti ada slh gak kan.. so CHILL! One thing la i nak pesan kat u, don't be too down too earth (even though i tau u mmg humble). Be proud of who u are and be firm with ur stand. So that, ppl can't say any shit about u anymore. U're just too good to be true!
muahhx!

cEro said...

yeah! u damn right!!
third class mentality sux!

Nurulbadiah Lai said...

readers: thanks for everything..komen2 anda sangat membina..nuruk hargai dan mengambilnya sebagai satu pelajaran terbaik dlm hidup..sesungguhnya..nurul terharu dengan sokongan anda semua..tidak perlu bersetuju dgn nurul kalau merasakan ianya xbetul..tetapi..just nurul nak kalian semua berfikir ttg itu..kita adalah bangsa melayu dan nurul nak semua orang menjaadi berani secara bijak pandai..ikhlas nurul amat menyayangi kalian..
maaf xdapat nak balas semua msg2 dan komen2 anda secara personally disebabkan kekangan masa..namun..siapapun anda..nurUl amat menyayangi kalian..

cokie said...

sis , ignore je ok orang2 mcm tu , yang pasti you know yourself better kan , go go akak cantik .

liyana aziz said...

btw, ada org cakap depan cermin kan?? nak tegur org make sure diri tu betul kan?? entahlah, x perlu kondem org.. setuju sangat2, even kte cakap x fluent but practice make perfect.. just go on sis.. nobody's perfect in this world, the perfectionist thingy only belongs to HIM.. such pathetic anon! =p

AiDa AzRyN said...

i suke entry ni~ penyuntik semangat ni~ hehe :D

love to be what i am said...

hee even ta kenal akak nih sape, tp rasa dekat bila bc entry2 akak.

eiffel said...

salam nurul...

hey thankz coz share wat ur mom thought...suka sgt...coz it's motivate me...yg akn ambek exam besok...


wish me luck.... ^.^

~~NuR nAzLiNa sAiMoN~~ said...

Juz be the way u r...
becoz we still love u, no matter what...pictures lawa2...leh ajar lina nk posing camne..wee~~

i n - c h a n said...

i agree with you in some points. writing in English definitely improves your language gradually.

in my opinion, you can speak in English, but there are some mistakes here and there, especially regarding your grammars. dont hate me please, i am just commenting for the name of friend. :)

you dont really have to give a damn of what people talk about you. its not worth your time, really. it just going to hurt you if you still keep replying these trolls as you actually care what they were saying to you.

honestly, i am sure its not a problem to write in broken english. i am doing the same too with my japanese language. we are all still learning, aren't we darl?


toddles. hope seeing more of your english post after this. never afraid to try, okay?

mUmma nitaF said...

semngat..i loikee da caption tuh..

Syeeda Sobbihi said...

suka sgt dgn cara kamu yg suka tegakkan kebenaran. keep it up kalau rasa itu yg betul.

soffea said...

yup. agree wif u. even, i pon english lagi teruk. dulu time PPSMI diperkenalkan, pulun kami nie dok study in english so that bleh ajar sc n math in english. tak kire la broken mcm mane pon, janji kite berani mencuba. be confident. kalo tak, takkan ade org ckp, belaja dr kesilapan. kan? suka n3 ini. sgt2~

c a k a p b o h o n g said...

sebenaqnya x pa cakap BI salah..biaq p la kat depa 2 yg nk mencuba ckp BI..
mak aku cakap kalau hendak makan nasi...biar cuba menanam padi.
betui kita jgn pandg rendah pada org lain.
mak aku cakap biaq tinggi lebih rendah tapi percaya pada diri lebih tinggi.

cHoc0^miNT said...

setuju dgn u.. normal lah tu klu salah sana sini.. we're in the process of learning.. kita belajar drpd kesalahan...

sangat tak suka mentality sesetengah orang yang cakap cmtu.. seolah2 menjatuhkan orang.. mematahkan semangat orang...if camtu, sampai ble2 pon kita tak boleh maju..

lagi tak suka, mentality orang yang xske english.. kononnya english bahasa penjajah..patriotik sangat lah tu.. pastu, bila orang cakap english, dia cakap BERLAGAK.. hmm.. macam2 hal..dia tanak maju, and dia drag orang lain pon supaya tak maju mcm dia.. sickening ble bdk2 tesl cm i dilabel BERLAGAK sedangkan diaorg tak kenal pon siapa i.. amek je jurusan english, maknanya BERLAGAK! sick of it~

bila laa kita nak maju if mentality camni tak dikikis...

atok said...

kena stepek dahi anon tu. hehe

nurulSYAFIKA. said...

mmg lah kdg2 we'll go like, eh pehal english mcm longkang tp still nak cakap jugak kan. tapi kan, i respect org2 yg confident utk speak in english sbb that means they wanna improve their language which is a good thing. tak kisah lah english tu teruk mcm mana pun, tp kalau cuba, insyaAllah boleh kan (:

and btw, apa lah sgt nak bangga boleh ckp english. semua org pun tau.

Suara Kalbu said...

Nurul,

Ignore sajalah anon tu. Lama-lama kalau dia tahu Nurul tak ambil port apa yg dia cakap...akak sure dia akan berhenti mengata Nurul.

Dia tu pun bukan bagus sangat. Maybe dia tak secantik awak dan tak ada blog famous macam awak sebab tu dia dengki. :-)

fara said...

I love ur 1st pic. sgt cantek! ^^

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

dear nurul,
naz betul2 salute kat u. u tak mudah putus asa bila d kritik keras. naz pn still learning in english, bertabor klu speaking lOndon tuh. Tapi, kwn naz dr nigeria ckp, practise make perfect..so, dgn dier..naz pn hentam keromo jer ckp english, alhamdulillah...dier fhm. cuma kdg2, kita ni dh localy ckp malay...nak ckp bi mmg agak tunggang langgang sket kan?

btw, ignore jer person yg dok kutuk tu...coz u know, she jealous wht u have now, ramai support u deary..sorang kondem...we all ramai2 akan kondem org yg pedajal u :)

dia stalk u sokmo ehh? tu maknanya..dia sntiasa nak tau tntg u dear....dia msti akan gatal tgn tuk click link p bloggy woogy u yg vogue ni, coz yerla...org tak mau kalah kan? heee..

okey dear, jz keep it up ehh. naz cyg kt nurul byk2, buktikan..nurul boleh! :)

Aiza Syahida said...

big clap, dear! well done! and i love u lah..

Poyaty said...

hurmm, mungkin dia adalah mat saleh yg boleh ckp malay

hahaha

semua org perlu belajar utk berjaya

kalau dah berjaya teruskan berjaya.

jgn pndg bawah dan jatuhkan org yg nak berjaya :D

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

nice styling!

http://bysandraazwan.blogspot.com

Anonymous said...

awak,

http://73dc.blogspot.com/2010/09/watch-your-step-along-arch-of-glass.html

ini bukan blog saya. juga bukan kawan saya.

cubalah baca. harap awak faham. saya tahu lah awak sedang belajar. tapi benda yang kita tak berapa nak kuasai tak payah lah nak tunjuk dekat orang ramai. hanya kerana kita sedang belajar tak bermakna kita dihalalkan buat kesilapan.
apa kata, sebelum awak nak berblog dalam English, awak check lah grammar awak. triple check. macam tu lah baru namanya belajar.



macam exam, kita check balik essay kita baru hantar kat pengawas peperiksaan. kenapa tak aplikasikan dalam berblog.






lagi satu,
http://iqbalsyarie.blogspot.com/2010/10/berhias-bagi-wanita-bagaimana.html

http://jawabgn.blogspot.com/2009/06/tabarruj.html


http://www.facebook.com/note.php?note_id=424169079395&id=1061017871


bacalah kalau ada masa. saya tak benci awak. saya hanya mengingatkan. terpulang lah.

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

suke suke suke ! sume entri nurul post zama suke :) jgn pndg rendah pd org lain.

michael jordan ckp : i failed over and over again and thats y i succeed !

gune je englis byk2 sis ! :)

einaz shah rizal thomas said...

cantiknya tuan punyer belog ni! ;)

amytommy said...

betol2..if ada org mcm tu la bt org melayu x maju kan..

My MiRa said...

mira penah kena orang cakap cam ni...siap panggil mira bitch lagi..mira dulu siap tulis kat shout box....haaa amik...malu tak....die dah la ex rumate...abes semuanya tentang dalam bilik dier nak cerita kat shout box tu.....siap cakap lagi...yang ayah mira bukan kaya sangat..bapak dier lagi kaya...haha...lastly mira delet jer blog lama tu..wat blog baru...and buang dier dari fren facebook....privatekan wall and photo...haaa....so diam la dier....hehhee.....tapi awak tak paayh la wat cm mira wat buang semuanya....awak just diam je....lama2 dier diam and malu sendiri...tengok la tak caye

My MiRa said...

sayang...jangan la approved coment tadi..malu jerk emo betol...please...please..jangan approved..saje je just share with you....kamu budak uum kan???saya pown....saya accounting student...final sem.. :)

Ayna Tan said...

yes..ayna sokong..x salah sbb kita tgh belajar..

Nurulbadiah Lai said...

anon-pertama terima kasih diatas teguran ikhlas..iye sy sedang belajar, saya buat mistake..saya betulkan..
kdang2 bg saya blog adalah satu perbualan diantara pembaca..jdi kdang2 bahasa melayu saya juga berterabur..jd bila ada orng yang faham apa yang saya tulis..cukuplah..
begitu juga dengan english..mungkin grammar saya byk salah, tp to be serious..sy mmg xsuke re check balik apa yang saya tulis.sbb saya bukan nk jwab exam semua..
ikhlas sy tidak berniat nak mempamerkan sesuatu yang saya tidak mahir.saya mmg tidak ade niat nk pamer atau apa2..tp sy menulis di dalam bahasa yang mudah.
kesalahan itu tetap ada..ternyata sebagai seorang yang sentiasa belajar..kesilapan itu tetap ada..itu saya xdapat nk elakkan..saya memahami maksud anda, tp begitulah..
saya bukan orang yang genius dan perfect segala2nya nak tunjukkan semua bende yang bagus dlm blog..blog ini adalah sesuatu luahan hati yng kdang2 saya menulis..saya tidak kisah akan cara bahasanya..asalkan saya memahami dan org yang membacanya memahami..
saya bukan lagi pelajar sekolah yang ada kena buat latihan, essay sume untuk belajar dan memperbaiki english saya yang dikatakan sgt broken ni..tp saya memperbaiki dengan percakapan dan dengan penulisan seperti ini..bila saya menulis..pasti akan ada kawan2 yang menegur..nurul yang tu kene letak ED, ING..and so forth..then only then baru i tahu..oh saya dah tersilap..


saya sudah membuka ketiga2 laman website yang diberikan..dan saya sgt2 terharu dengan perhatian yang anda berikan agar saya memahami apa itu cara untuk berhias didalam isalam dan sebagainya..dan sebagai muslimah..demi Tuhan saya belajar dan berasa sgt bersyukur kerana saya diberitahu dan selalu di ingatkan tentang kita di sisi islam..saya jugak sentiasa bermuhasabah dan sentiasa berdoa, supaya saya ditempatkan dikalangan orng2 yang diberi hidayah dan dapat menjadi muslim yang lebih baik..alhamdulilah..insyallah saya akan lebih berhati2 lagi di lain kali..

pertama kali saya merasakan menerima komen yang ikhlas dari seseorang yang tidak dikenali..terima kasih di atas ingatan yang diberikan..insyallah..saya akn lebih berhati-hati di masa akan dtg.baik dari segi bahasa, english, mahupon pakaian saya..

saya sayang anda..mohom ALLAH MERAHMATI HDUP ANDA SELALU..:)

Nur Amalina Razali said...

totally agree with you sis ! x salah nak berbahasa inggeris even english broken..at least try kann..

Nurul chumel said...

i pernah kena macam ni!anon tu ckp BI yang i guna macam shit! suke2 je.padahal i sedang belajar. tak kira la macam mana pun bahasa kita,tp kita try utk mencuba kan?

cik ciput said...

"the best way to fully learn a language is to actually use the language"

that is so damn true nurul. jgn lupa, practice makes perfect. =)

milimilo said...

bukan blogger je kena,i tengok dkt youtube,vlogger malaysia yg cuba buat video dlm english pun asyik dpt komen kutukan kononnya org melayu xpyhla gedik nak bervideo dlm english.sgt2lah mengecewakan komen sebegitu.haih org kita. ;'(

Azeyana Zainal said...

salam,

my view is based on what i've learnt.

we are non-native speakers,we cant avoid of making errors or mistakes.even native speakers also make mistakes and using ungrammatical english.Blog writing is like we are talking with someone.i do have a blog and sometimes i do use broken english because i wont check my post.Its comes from heart,i'm talking in my blog.i dont want to be formal.the situation is more or less with speaking.we talk without planning.

next,many theories in SLA (second Language Acquisition) accept error.non-native speaker tends to make mistakes in order to acquire the language.Here, i proud of kak nurul's attempts to show her mistakes in english. However, it will be much more better if someone can show her the mistakes and helps her in correcting it. Why we must condemn other efforts?just think of this situation, when your child tries to speak or use english and s/he make lot of mistakes..will you prevent him/her to use english?will you humiliate your child for his/her weakness in acquiring the language?this kind of attitude will not help anyone.precisely, you are demotivating that person.Give advices is good,but it must be in a good way.

i am a TEYL student.i have come to the issue of malaysian perception of english many times. it is a disappointment to know how society views someone who tries hard to use english.wake up,people.dont make a simple judgment when there is a person like nurulbadiah as a shameless.let her be as what she wants to be.help her to improve, not condemn her.think positively.

to kak nurul, there is a bright side in every dim light.be strong!keep on learning..Congratulation of your bravery in using English.i'm still learning.i'm not writing to show off..what i want to emphasize here is learning takes time.people will envy at our effort.they will see all mistakes but they forgot to see the positive parts.believe in yourself.you go girl!

avid gunner said...

ahaha...anon berpikiran kolot...

you don't have to write perfect english for the sake of learning. you just write, write and write. and don't forget to practice speaking too. trust me, you do these things you'll be better.

and keep up that incredible spirit. oh, how i wish more people have the same drive and will as yours..

Sophie Al-yahya said...

kelakarnya bile die nak marah org lain guna english tak betul, tapi diri sendiri eja pun x betul. euwwww.. Tolonglahhh.. *org macam ni mmg wujud rupanya*

marish sha said...

its ashamed bila nak tegur orang jangan speak English but diri sendiri spell English words yang simple macam tu pun salah / atau memang cara ejaan begitu ? Terpengaruh dengan texting language maybe

marish sha said...

its ashamed bila nak tegur orang jangan speak English but diri sendiri spell English words yang simple macam tu pun salah / atau memang cara ejaan begitu ? Terpengaruh dengan texting language maybe