19 September 2011

Cinta itu bagi aku seperti..

Assalamualaikum...

Dengan mencintaimu aku sedar bahawa cinta itu mengubah pahit menjadi manis..debu menjadi emas,penyakit menjadi sembuh, derita itu nikmat..dan segala yang buruk itu baik..

Kekadang aku menidakkan kebenaran..aku mempercayai segala kebohongan.kerana sungguh cinta itu buat aku alpa dan buta..

Dengan mencintaimu juga aku sedar bahawa cinta itu membuat aku yang sihat jadi sakit..gemuk menjadi kurus..normal menjadi gila..
nescaya ketika aku sedang enak dilamun cinta..buanglah aku kelaut.di padang pasir mahupun hutan rimba...pasti aku akan belajar untuk hidup dan takkan mati kelemasan...
dikala aku sedang berduka kerana cinta..lemparkanlah aku ke gudang roti..nescaya pasti aku akan mati kelaparan..

Dengan mencintaimu bukan bermakna aku tidak mencintai tuhan..namun kelemahan aku adalah kerana aku manusia.segagah gagah manusia die lunak dengan cinta..besi mampu lebur..jahat menjadi baik..malah raja menjadi budak..

aku tahu..dan ramai yang memberitahu..
cintailah seseorang kerana tuhan..
cintailah tuhan kerana sesungguhnya cinta pada tuhan hakiki..
cinta pada manusia itu sakit, pedih dan melalaikan..
tapi sang pemberitahu juga tidak mampu menahan dirinya daripada mencintai..
aku juga tidak mampu menahan dari mencintai walaupun diri sendiri selalu diingatkan untuk tidak mencintai seseorang itu dengan sesungguh hati..
manusia itu rapuh..
aku itu lemah..
cinta itu parah..

cinta itu kekadang membuat aku hilang pertimbangan..kekadang aku sanggup untuk kehilangan apapun kerana cinta asalkan aku tidak kehilangan orang yang aku cinta..
cinta itu kekadang membuat aku seperti sang tiada akal..cinta itu membuat aku sanggup bekorban apa saja walhal selama ini untuk diri sendiri pon tidak sanggup bekorban apatah lagi untuk orang lain..

cinta itu menjadikan aku seperti sebuah kereta kebal..mengubah aku menjadi kayu dan patung..
kerana setiapkali dia menyakiti hati aku..aku sentiasa mengulang2 bahawa..aku bukan tunggul kayu..aku bukan patung yang kau boleh perlakukan sesuaka hati..
anehnya..aku sendiri yang berkata akan kayu-kayu dan patung-patung itu..aku sendiri yang bertahan dan membiarkan diri sendiri menjadi seperti patung dan kayu..
nah bukankah aku berkata tadi aku persis sebuah kereta kebal yang sangat tahan pada asakan?

cinta itu adalah seperti aku mahu mengusir kau jauh2..aku mahu tinggalkan kau berbatu batu..aku membenci kau sehinggakan seperti sanggup meludah diatas muka kau..dan disaat kau pergi dan tidak kembali-kembali..aku seperti mahu mati..

dan pada akhirnya..aku sedar bahawa jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan aku..lebih baik cinta itu tidak pernah hadir..

p/s: entry dikala hati berasa sangat sakit..maka secara automatik diri menjadi seperti ahli falsampah hehehe..

Thanks for reading this

40 comments:

Ji said...

penah dengar lagu apek ngan yusri dlm cite Lady Boss tak? "cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan..walau pedas hingga mengalir air mata namun tetap dimakan jua.."(nobody perfect k, semua tu lumrah hidup..sabar ye)

shazmir said...

cinta itu buta..

cun awk cun..!!
xyz4mir.blogspot.com

Nur Syahid said...

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama

IEQAH said...

salam sis..yeayy sis update..
tapi takmo laa sakit hati sangat sis..mmg hujah sgt hebatlaa. bguslaa sis ni,dlm mcm perasaan pn idea mncurah curah..
pepun sis takmo sakit sakit hati ye.. smilee :) #kan lagi chomel tu

-Faridz- said...

stuju ngn nurul~

miss juejue said...

best nya..tersentuh hati juejue bila baca entry nie..:)

puteri rimba said...

erkkkkk...sesuai untuk situasi saya sekarang....

Kathy Tuah said...

tapi cinta sememangnya begitu,
datangnya tak diminta,
perginya tak direla..
tapi yang menjadi mangsa adalah kita..
menangis tak payah dikata, meraung bagai nak gila..
cuma satu yang dapat dikata,
manis atau pahitnya cinta,
kita terpaksa telan juga..
telan dengan redha :')

cheqwa said...

sedaplah setiap bait2 kata diatas ^_^
pandai kak nurul jadi tokang falsampah,eh falsafah...hehe
seiusly suka dengan ayat2 kak nurul :D

kueh bakar said...

sepanjang aku blogwalking atau membaca apa-apa..(http://rozamisme.blogspot.com)

aku suka ayat dia yang ni.

'cinta itu semua rasa dalam SATU'

tepat.padat.tiada ragu.

Civvy Street said...

Cinta itu besar definasi-nya (yang pada akhirnya, tanpa definasi). Ada macam2 jenis cinta. Tetapi semua-nya menjurus kepada -- suatu keasyikkan, rasa estasi. Kalo sekiranya cinta disulami derita, ianya bukan lg cinta, ada sesuatu campuran dan adunan bersamanya.. ia telah menjadi mugo lain...

N U R A L Y N said...

no wonder la kamu sgt lawa sys..huhu

senorita25 said...

Ade satu lagu happy utk Nurul, terdengar ni dlm citer Lady Boss :) " Cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan..Walau pedas sampai mengalir air mata, namun tetap juga ku telan"..jgn sedih2 k darling! Utk lebih gembira, nyanyi smbil joget2 hehe

Iz.Eusof (Abg Stalker) said...

keraskn hati demi cinta yg menjadi racun,kuatkn pegangan sebagai penawar,tingkatkn iman takala pengubat duka dan lara.

Nur Syazana Mohammed Sani said...

cinta boleyh buat kita hayut ,.

http://syazanasani.com

yaya said...

cinta itu indah, lebey indah kalau kita mampu faham. tapi cinta itu lebih membutakan kita. jangan salahkan diri, sebab cinta itu masih lagi anugerah Tuhan yang paling manis. kerana cinta masih ada dalam diri, kerana itu diri kita tetap kuat. =)

Puteri Biru said...

kenapa aku pun merasakan hal yg serupa..

manusia tetap perlukan cinta sesama manusia. sebab itu allah cipta lelaki dan perempuan..

RiHiKi said...

erm..cinta..luv diz post.almost ol da words are totally true~

Phat said...

cinta itu buta....kalo nak feel lagi layan la lagu butakah cinta dari spring

naf. said...

sampai skrg blom tau cinta sesama opposite sex tu mcm mana.hee

Azlynn said...

like,like likee....hehe:)

nuruashia ♥ said...

cintailah kepada yg mencintai kan sys :)

sab said...

tersentuh :')

Fadzly said...

Cinta.... seem so far away...

Bob Merley said...

Love... seem so far away...

azreen ashreen said...

ta kn sesekali jd kayu dn patung2 itu.. sbb diri suda b'tuka jd batu.. :)

Terbang Bersamaku said...

sangat dlaam maksudnya falsafah cinta nie..

najwa.haneem.aziz said...

:D sweet

shazwanazizan / wanblur said...

bila nurul berjiwang.. hehe

B33HA said...

fine!! now beeha tahu kenapa dan mengapa beeha terlalu suka blog ni gila2 punya suka! ISI HATI kita selalu sama..

Amna.Qadeeja said...

memang cam ahli falsafahla heheh

cinta itu sangat ajaib kan? :)

Myza Sam said...

betul la , Cinta Itu Buta :P

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?609ea9613f49647daaf8d86712b02443

alfi kasran said...

suka 10 kuasa 12 :)

Maisarah said...

nice words nurulbadiah lai

Anonymous said...

C.I.N.T.A
X.P.D.C

(*_^)

CAYANG SANGAT SAMA NURUL..SHE IS TOO UNIQUE, I LOVE U CAYANG!!!

Nurulbadiah Lai said...

saalm semua..

thanks semua for de comments..
u all too cool..

cintailah sesuatu itu kerana Allah..
INSYALLAH..
kite tak kn tersesat dari jln yg sepatutnye...:)

love u guys

Alya Sumayyah said...

Assalam sis..nak copy entry ni bole..nk bgi semangat utk diri..tankz a lot sis..entry yg baik.. :)

SoLy SoLicious said...

cinta itu macam layang2... erk?? hahaha

Sara Ali said...

kerana cinta, ku begini.....

=(

soffea said...

betul, nurul :) cintailah sesuatu itu kerana Allah. dan cintailah Allah melebihi sesuatu. pasti, akan kita raih cinta yang sejati :)